APAKAH HUKUM BERTARIKAT KE-ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA BERSERTA DENGAN DALIL-DALIL DAN NAS-NAS SOHIH
BISMILLAAHIR ROHMAANIR ROHIM
Duhai Sahabat,
Telah
sampai kepemerhatian kami persoalan-persoalan berkisar dan berhubung-kait
dengan Tarikat-Sufiah dari berbagai-bagai pihak dan kelompok, dari dalam mahu
pun dari luar Negara. Permasalahan diajukan berkisar pada hukum-hakam,
asal-usul Tarikat-Sufiah, Silsilah, bentuk amalannya, kifiat zikir, upacara
ritualnya, kesohihan amalannya, siapa perintis/Shaikh dan pengamalnya, bila
tersebar dan berkembangnya, pengaruhnya, apakah amalan ini dari Sunnah,apakah
ia masih relevan, apakah bahaya beramal dengannya atau tidak beramal dengannya
dan sebagainya. Terlebih penting, apakah amalan ini Islamik?
Soalan,
soalan, soalan, yang menuntut jawaban!
1] ILMU
FARDHU 'AIN WAJIB DITUNTUT
Jumhurul
Ulama sepakat menetapkan bahawa seluruh umat Islam [mukallaf] yang akil baligh
dan berakal adalah WAJIB menuntut 3 jenis ilmu semasa hayatnya, yaitu:
1] ILMU
USULUDDIN/TAWHID
2] ILMU
FIQH/FEKAH/SYARIAT
3] ILMU
TASAWWUF
Dalam
praktiknya, kesempurnaan Islam dalam diri seseorang adalah apabila ia
merangkumkan ketiga-tiga Ilmu seperti diatas, misalnya, dalam ilmu Tawhid ia
mengetahui dan berpegang teguh kepada I’tikad/Aqidah yang Hak/benar terhadap
Allah dan Rasul; andainya tidak maka ia akan jatuh Syirik.
Dalam
ilmu Fiqh/Fekah/Syariat pula, ia akan mengetahui segala Hukum-hakam ,
peraturan,kaedah, syarat dan rukun setiap ibadah; andainya tidak maka,
terbatallah ibadah tersebut.
Dan
dalam Ilmu Tasawwuf pula, ia akan mempelajari ilmu tatacara pembersihan hati
dari
penyakit-penyakit
Mazmumah/Rohani/batin [misalnya riak], kerana penyakit batin yang
bersarang
didalam hati sanubari seseorang itulah yang menyebabkan tidak diterima Allah
akan amal-amal ibadahnya lantaran amal tersebut bercampur baur dengan riak,
megah, takabbur, angkuh, hasad dan sebagainya, walau ia seorang ‘Abid atau
tokoh Ilmuan sekali pun.
Justeru,
mana mungkin ketiga-tiga Ilmu tersebut, yang saling lengkap-melengkapi,
dipisah-pisahkan menurut selera dan nafsu kita masing-masing! (seperti yang
telah dipraktikkan di Institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara)
Majoriti
umat Islam hanya cenderong untuk belajar Ilmu Fiqh dan Tawhid sahaja kerana
mudah untuk dipelajari sendirian melalui buku/kitab dalam jurusan tersebut.
Kerana telah terbiasa dengan amalan-amalan mudah dalam kedua bidang tersebut,
masyarakat Melayu terus membudayakan pembelajaran ilmu-ilmu tersebut turun
temurun, dari satu generasi ke satu generasi. Ditambah pula oleh momokan
‘tokoh-tokoh Ilmuan Agama’ yang melarang masyarakat mendekati Ilmu
Tarikat/Tasawwuf dengan alasan-alasan yang tidak berasas!
Paling
bahaya, mereka terus menyangka, menerima dan menetapkan bahawa hanya kedua-dua
Ilmu
itu sahaja yang wajib dipelajari/dituntut dan mereka telah pun layak bergelar
orang Islam sejati.
Sebenarnya,
pendirian ini telah tersasar amat jauh sekali!
Kerana,
hanya segelintir, umat Islam yang cenderong mempelajari dan beramal dengan Ilmu
Tasawwuf, walau pun Ilmu Tasawwuf ini adalah termasuk dalam kategori Ilmu
Fardhu 'Ain dalam Agama Islam.
Apakah
sebabnya majoriti umat Islam sering merasa gusar, memandang sinis, membenci,
sekali-gus
menjauhi Ilmu Tasawwuf?
2]
DEFINISI ILMU TASAWWUF
Ilmu
Tasawwuf mencakupi suatu bidang Ilmu yang amat luas berhubung dengan tatacara
mengendali
diri manusia melalui penyucian diri dan penjernihan amalan-amalan serta ibadah,
sehingga menghasilkan keluhuran budi-pekerti dan akhlak terpuji dalam diri
manusia, dan mencapai kesucian hidup dalam konteks hubungan dengan manusia dan,
paling utama ialah interaksinya dan transaksinya dengan Penciptanya, yakni,
ALLAH S.W.T.
Pada
hakikatnya, Ilmu Tasawwuf itu amat mendokong dan menyempurnakan pengamalan
kedua-dua
Ilmu Fiqh dan juga Ilmu Tawhid tersebut.
Barangkali
khalayak juga kurang faham, kurang mengerti atau tidak mengetahui bahawa
Ilmu
Tasawwuf adalah juga sinonim dengan apa yang dipanggil, Ilmu Tarikat-Sufiah,
Ilmu
Hakikat, Ilmu Makrifat, Ilmu KeTuhanan dan sebagainya.
Sememang
dizaman Rasulullah nama Tasawwuf belum pernah wujud, namun intipati ilmu
Tasawwuf
telah pun diajar Rasulullah, bersumberkan al-Quran dan di amalkan oleh para
sahabat
dan para SalafusSoleh, zaman berzaman sehingga kehari ini.
3]
PERKATAAN TARIKAT DISEBUT DALAM AL- QURAN
Walau
pun perkataan Tasawwuf belum wujud diawal penyebaran Agama Islam, namun
perkataanTARIKAT/TORIK
ada disebut didalam al-Quran sebanyak 9 kali didalam
5 buah
Surah, seperti berikut:
1]
Surah an-Nisa – sebanyak 2 kali,
2]
Surah Thoha – 3 kali,
3]
Surah al-Qaf – 1 kali,
4]
Surah al-Mukminun – 1 kali, dan
5]
Surah al-Jinn – 2 kali.
4]
DALIL-DALIL DAN NAS-NAS SOHIH ILMU TARIKAT-SUFIAH
Firman
Allah, Quran Surah al-Jinn, ayat 16, bermaksud:
‘ Dan
bahawasanya jika mereka tetap/teguh berjalan lurus diatas TARIKAT itu, benar-benar
kami akan limpahkan kepada mereka air Rahmat yang melimpah-ruah [rezeki yang
banyak]’
Rasulullah
pula bersabda, bermaksud:
‘
Syariat itu adalah kata-kata ku, Tarikat itu adalah kelakuan ku, Hakikat itu
adalah ehwal ku, dan Makrifat itu adalah kepala harta ku.’
Penjelasan
kata-kata seperti Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat itu adalah berkait
antara satu dengan yang lain, beza pada lafaznya tetapi yang satu
menyempurnakan yang lain. Misalnya, Syariat itu pohonnya dan Hakikat itu adalah
buahnya. Pohon dengan buah tidak dibezakan kerana tidak ada orang bercucuk
tanam untuk mendapatkan pohonnya sahaja melainkan menuju buahnya. Dan buahnya
itu [Tasawwuf] tidak akan keluar sebelum adanya Syariat.
Berkata
Imam Ahmad Hambal:
‘
Barangsiapa yang mempelajari Syariat Islam tanpa melakukan Tasawwuf, maka ia
menjadi Fasiq, dan barangsiapa yang melakukan Tasawwuf sebelum ia mengerti
Syariat Islam dengan benar, maka ia menjadi zindik. Barangsiapa yang menyatukan
kedua-duanya, itulah Islam sebenarnya.’
Pada
hakikatnya, seorang Sufi sebelum ia menjadi Sufi, ia telah menjadi Faqih terlebih
dahulu, bahkan telah menjadi Imam dalam pelbagai Ilmu Fiqh dan Ilmu Kalam. Akan
tetapi Ilmu Tasawwuflah yang telah membuahkan pengetahuan yang lebih halus dan
jernih, dan Zauq yang mendalam kedalam jiwa mereka. Lebih dari itu, deria
perasaan mereka menjadi lebih sempurna dan oleh itu dapat memantapkan seluruh
amalan dan ibadah mereka dengan ikhlas lagi khusyuk.
Apabila
seorang Faqih itu tidak mempunyai Ilmu mengenai hal ehwal kaum Sufi dan
istilah-istilah mereka, maka ia adalah seorang Faqih yang kering. Seorang Faqih
apabila Ilmunya tidak digilap dengan Ilmu Tasawwuf yang benar, maka Imannya
tidak dimantapkan dengan Taqwa yang sungguh-sungguh; kemudian dilatih dan
dihalusi oleh sifat-sifat Wara’, maka ia lebih mudah diperkotak-katikkan oleh
hawa nafsunya sendiri.
Maka,
adakah menghairankan jika terdapat dalam masyarakat Melayu,tokoh Agama atau
orang dewasa bergelar Datuk, datuk atau Pak Haji terbabit dan disabitkan dengan
jenayah maksiat?!
Berkata
Ibni Khaldun:
‘ Asal
utama dari ajaran Tarikat/Tasawwuf itu adalah tekun beribadah dan berhubung
langsung kepada Allah ; menjauhkan diri dari kemewahan duniawi; tidak suka
kepada apa yang diburu oleh ramai manusia seperti cenderong/asyik kepada
kesukaan harta-benda dan kemegahan; malah lebih senang bersunyi-sunyi diri
dalam melaksanakan ibadah kepada Allah.’
Penjelasan
ini mencerminkan kesempurnaan dalam tatacara/kaedah perjalanan serta amalan
Ahli-ahli TarikatSufiah yang Hak. Tegasnya, Kaum Sufi ini hanyalah mencontohi
perjalanan Rasulullah serta para-para Sahabatnya; mereka bertaqwa, beribadah
dan berdoa semata-mata kerana Allah dan tidak sekali-kali meminta sebarang
ganjaran dan pembalasan.
Maka
adalah suatu perkara yang amat menghairankan/aneh apabila Ahli-ahli Tarikat
Sufiah [SUFI] yang begitu patuh kepada Syariat dan Sunnah Rasulullah, dan tidak
pernah engkar mahu pun melanggar Hukum-hukum Syariat Allah, telah dikecam hebat
dan dituduh oleh Pihak Berwajib dan khalayak, sebagai tidak berpegang kepada
Syariat Islam.
5]
IMAM-IMAM MAZHAB YANG EMPAT
FaktaSejarah
menunjukkan bahawa keempat –empat Imam Mazhab Fiqh ada belajar dan mengamalkan
Ilmu TarikatTasawwuf dari tokoh-tokoh Sufi yang tersohor dizaman itu, seperti
berikut:
1] Imam
Syafie’ dan Imam Ahmad Hambal berguru kepada Syaikh Maaruf Kharkhi;
2] Imam
Abu Hanifah dan Imam Malik berguru kepada Imam Jaafar Siddiq.
Maka
kita dapat merumuskan bahawa Ilmu Fiqh/Syariat dengan Ilmu Tarikat/Tasawwuf amat
berkait rapat, bak isi dengan kuku, bak aur dengan tebing dan saling memerlukan
dan melengkapkan.
Jika
tokoh besar seperti Imam-imam Mazhab Fiqh yang empat, menjadi
rujukan,ikon/ikutan billion Umat Islam dahulu dan sekarang, dan tokoh Hujjatul
Islam, Imam Al-Ghazali, pun belajar dan mengamalkan Ilmu TarikatTasawwuf, kami
tidak nampak dimana logiknya Umat Islam sekarang menjauhi Ilmu tersebut,
seperti menjauhi wabah penyakit kusta
6]
TOKOH HUJJATUL ISLAM – IMAM AL-GHAZALI
Didalam
kitab Bidayat al-Hidayah, Imam al-Ghazali berkata;
‘
Sepatutnya orang yang mengajar ilmu itu menegah murid-muridnya daripada
dilalaikan oleh pelajaran ilmu Fardhu Kifayah, sebelum mereka selesai
mempelajari Ilmu-ilmu Fardhu ‘Ain yang tiga perkara; yakni, Ilmu Tawhid
[Usuluddin], Ilmu Syariat [Fiqh], dan Ilmu Tasawwuf [Tarikat].’
Tegasnya
lagi:
‘
Bahawa kaum Sufi itulah [Ahli Tasawwuf] yang benar-benar telah menempuh jalan yang
telah dirintis oleh Nabi Besar Muhammad S.A.W. dan yang dikehendaki oleh Allah
S.W.T.’
Didalam
kitab Ihya ‘ulum al-din, beliau menegaskan lagi:
‘
Barangsiapa yang tiada baginya bahagian untuk mengetahui Ilmu Tarikat/Tasawwuf,
dikhawatiri ia akan menemui seburuk-buruk kematian, dan sekurang-kurang
bahagian daripadanya ialah mengakui [membenarkan] dan bersangka baik dengan
Ahli-ahlinya.’
Kenyataannya
adalah, Ilmu TarikatTasawwuf itu dapat menghidupkan hati yang mati dan
mematikan Nafsu syahwat yang rendah [haiwaniah dan dikutuk Allah] dalam diri
seseorang; dapat memperlihatkan aib diri sendiri yang sering menghijab dan
mendindingi seseorang dari Allah, dan akan terus jauh dariNya. Ilmu, selain
TarikatTasawwuf, sering mengakibatkan hati menjadi keras dan sering pula
menghiasi aib seseorang [sehingga dirasakan sebagai kelebihan pula], dan
menjadikan pengamalnya bersifat megah, sombong, bongkak dan angkuh, yakni,
ciri-ciri sifat Mazmumah yang amat disukai nafsu tetapi amat dibenci oleh
Allah!
Didalam
kitabnya berjodol ‘Al-Munqiz minad dholal’ [Pembebasan dari Kesesatan], Imam
Al-Ghazali
membuat penjelasan panjang-lebar dan pengakuan seperti berikut:
‘ Aku
amat tertarik kepada kehidupan TarikatSufiah [kesufian] atau jalan
kerohanian/kebatinan. Nyata sekali jalan ini tidak dapat ditempuh, kecuali
dengan ilmu dan amal kedua-duanya. Menempuh Tarikat/Jalan ini bererti
menghadapi pelbagai tanjakan-tanjakan batin, dan menunjukkan amal itu lebih
banyak kepada pembersihan diri. Hal ini perlu untuk mengosongkan batin manusia,
dan kemudian mengisinya dengan ZIKIR kepada Allah Ta’ala. Bagiku, ilmu itu
lebih mudah dari amal, maka, segeralah aku mulai mempelajari ilmu Sufi serta
membaca kitab-kitabnya, antara lain adalah karya-karya Abu Thalib al-Makki, al-Haris
al-Muhasibi, Al-Junaid, al-Syibli, dan Abu
Yazid
al-Busthami. Dengan demikian, dapatlah aku memahami tujuan mereka. Maka aku
ketahuilah, yang lebih dalam lagi hanya dapat dicapai dengan deria Perasaan,
Zauq, pengalaman dan perkembangan kerohanian/kebatinan. Amatlah jauh perbezaan
antara mengetahui erti sihat atau kenyang dengan mengalami sendiri rasa sihat
dan kenyang itu. Mengalami keadaan mabuk lebih jelas daripada hanya mendengar
keterangan tentang ertinya. Walhal, yang mengalaminya mungkin belum mendengar
sesuatu keterangan tentang perkara tersebut. Doktor yang sedang sakit amat arif
tentang erti kesihatan. Tetapi ia sendiri sedang tidak sihat. Mengetahui
ertinya dan syarat-syaratnya Zuhud tentu tidak sama dengan memiliki sifat
Zuhud. Yang penting bagi mereka adalah pengalaman, bukan perkataan [actions and
not mere words]. Maka, apa yang dapat dicapai dengan ilmu telah ku capai.
Selanjutnya haruslah dengan Zauq dan menjalani kaedah Suluk/Khalwat. Aku yakin
benar-benar, kaum TarikatSufiah itulah yang betul-betul menempuh jalan yang
dikehendaki oleh Allah Ta’ala. Merekalah golongan yang paling utama cara-cara
hidupnya;paling tepat tindak-lakunya dan paling tinggi budi pekertinya. Bahkan,
andaikata semua para ‘uqala, Hukama, para ahli Hukum dan Ilmu; para Ulama yang
tahu rahsia Syara’; semua itu dihimpunkan untuk mencipta cara yang lebih utama
daripada cara Sufi itu, tiadalah akan memberi hasil; sebab, segala gerak-gerik
mereka [kaum Sufiah], baik zahir mahu pun batin,adalah diterangi Sinar dari
Cahaya Kenabian. Didunia ini tidak ada cahaya yang lebih terang daripadanya.’
Tegasnya,
Ilmu TarikatTasawwuf adalah pusaka keagamaan dalam Islam dan menjadi
sebahagian
dari Syariat Islam yang terpenting dan WAJIB dianuti dan dihayati oleh umat
yang mengaku berAgama Islam dan berTuhankan Allah S.W.T!
7]
APAKAH BAHAYANYA JIKA KITA TIDAK MENEMPUH/BERTARIKAT KE-ALLAH?
Terdapat
terlalu banyak bahaya dan risiko bagi seseorang yang tidak/belum menjalani
Tarikat
ke-Allah S.W.T. Antara faktor-faktor yang amat kritis/trajis dan terpenting
adalah seperti berikut:
I]
Tidak dapat mengenal sebenar DIRInya.
Ii]
Tidak dapat mengenal Tuhan sebenarnya.
Iii]
Tidak dapat mencapai khusyuk didalam Solat, sebab tidak kenal yang menyembah,
masakan
boleh kenal yang disembah.
Iv]
Berpenyakit Rohani [jiwa]; merasa resah gelisah, tidak keruan/tenteram,mudah
cemas,jiwa
kosong, hidup tak bahagia,tiada ketenangan,walau kedudukan tinggi dan
harta
bertimbun.
V]
Amalan dan hidup tak mendapat Barokah Allah [berkat].
Vi]
Dikhawatiri mati dalam ‘SU’UL KHATIMAH.’
VII]
Tidak menurut SUNNAH dan jejak langkah Rasulullah S.A.W.
VIII]
Dan lain-lain.
8]
PENDIRIAN ULAMA SUFI MUKTABAR
Perhatikan
Firman Allah, Quran Surah al-Ahzab, ayat 72, bermaksud:
‘
Sesungguhnya Kami telah mengemukakan AMANAT kepada langit , bumi dan gunung-gunung,
maka semuanya enggan untuk memikul AMANAT itu, dan mereka khawatir akan
mengkhianatinya, dan dipikullah AMANAT itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia
itu amat zalim dan amat bodoh.’
Pada
hakikatnya, AMANAT tersebut adalah RAHSIA besar yang dipertaruhkan oleh Allah Ke
dalam dada manusia, sehingga manusia yang berjaya memelihara, memahami dan mencapai
maksud sebenarnya, dinobatkan Allah kepersada Khalifah dan kewalian,
seperti
Firman Allah Quran, Surah al-Baqarah, ayat 30, bermaksud:
‘
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah dimuka bumi.’
Hanya
melalui pemahaman dan pengamalan Ilmu TarikatSufiah sahaja, rahsia dari segala
rahsia
dapat dirongkai/leraikan, melalui fasa-fasa Mujahadah sehingga kematlamat
akhirnya, seperti diisyaratkan oleh Firman-firmanNya, antaranya, bermaksud:
‘
Ingatlah, bagi Allah adalah Dzat Yang Maha Mengetahui semua makhluk dan semua
urusan [memerintah]. Maha Suci Allah Tuhan semesta alam.’ Al-A’raf:54.
Lagi
Firman Allah, bermaksud:
‘ Wahai
orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri
memperhati kan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok [akhirat] dan
bertaqwalah kepada Allah,Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan.’ Al- Hasyr:18.
Lagi
Firman Allah, bermaksud:
‘ Wahai
orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah Wasilah/Tarikat/Jalan
yang mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada Jalan/TarikatNya, supaya
kamu mendapat keberuntungan.’ Al-Maidah:35.
Dan
FirmanNya lagi Quran, Surah Al-Ankabut, ayat 69, bermaksud:
‘ Barangsiapa
yang berjuang dipihak Kami, pasti akan Kami pimpin ia keJALAN Kami.’
Dan
lagi FirmanNya, bermaksud:
‘ Dan
berjihadlah kamu pada Jalan/Tarikat Allah dengan Jihad yang sebenar-benarnya.’
Dan
lagi FirmanNya, bermaksud:
‘
Tunjukilah aku keJalan yang lurus/benar.’
Lagi
Firman Allah, bermaksud:
‘
Disisi Allah adalah tangga-tangga kenaikan [mi’raj].’
Lagi
Firman Allah, bermaksud:
‘
Mengangkat Allah Ta’ala akan orang-orang beriman dan yang diberi ilmu akan
beberapa pangkat yang tinggi.’
Lagi
Firman Allah, bermaksud:
‘
Kedudukan mereka itu bertingkat-tingkat disisi Allah.’
Dan
lagi Firman Allah, bermaksud:
‘ Maka
apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara
main-main
sahaja dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami.’
Penegasan
dari dalil-dalil diatas menjadi hujjah dan paksi, kenapa berTarikat ke-Allah
adalah WAJIB hukumnya, dari kacamata dan pendirian Ulama TarikatTasawwuf
muktabar, dari dahulu sehingga kini dan selamanya!
Jika
diperhalusi, jelas amalan-amalan ilmu TarikatTasawwuf terdapat pada asal
Syara’, baik dari yang terpancar dari sumber al-Quran, al-Hadith, al-atsar atau
al-Ijma’. Ianya jelas akan membawa umat kesuatu tujuan pengamalan Syariat Islam
yang sebenarnya, sesuai dengan yang dikehendaki Allah dan RasulNya!
Dalam
erti-kata lain, Tasawwuf itu sah berasal dari ajaran Islam dan tidak diragukan
kebenarannya,
dan selayaknya digiat terus pengamalan dan perkembangannya!
9]
SERUAN DAN PESANAN
Duhai
Sahabat!
Ketahuilah
bahawa tujuan/matlamat akhir menguasai Ilmu Tarikat/Tasawwuf itu adalah
untuk
kembali kehadrat Allah, bertemu dengan Allah, hingga mendapat redho Allah!
Perhatikan
Firman Allah, bermaksud:
‘
Barangsiapa buta didunia akan buta juga diakhirat, bahkan lebih sesat lagi.’
Dari
itu bukalah mata, minda dan hati anda bagi menyahut cabaran amat getir ini,
sebelum
anda dipanggil pulang untuk bertemu denganNya tanpa persediaan secukupnya!
Berdoalah! Berserahlah!
Carilah
seorang tokoh yang ahli dalam bidang itu, walau beliau tak dikenali ramai,
namun mempunyai kepakaran dan Silsilah penerimaan Ilmu, terus keRasulullah.
Jangan
merujuk/belajar dari tokoh-tokoh Ilmuan yang glamor kerana yang akan anda
perolehi
diakhir nanti hanyalah glamor juga! Kecuali itu yang anda cari!
Rumah
siap pahat berbunyi,
Kail
sejengkal lautan ingin diuji,
Rosak
jam jangan dihantar ke tukang besi,
Rosak
labu kerana tikus mudah dipercayai!
Posting Komentar
Posting Komentar