(Dari Status Tqn
Lenteng Agung di Grup FB Pemuda TQN)
Hadist Abdullah
bin Mas'ud r.a: Diriwayatkan daripada Masruq r.a katanya: Ketika kami duduk di
sisi Abdullah yang berbaring di antara kami. Tiba-tiba datang seorang lelaki
menemui beliau lalu berkata:
Wahai Abu Abdul
Rahman! Ada seorang pembawa cerita bohong di hadapan pintu Kindah (pintu Kufah)
mencerita dan mendakwa bahawa tanda kepulan asap yang akan datang dan
melemaskan orang-orang kafir. Manakala orang-orang mukmin seperti terkena
selesma.
Abdullah bangkit
dan duduk dengan marah lalu berkata: Wahai kaum manusia, bertaqwalah kepada
Allah! Sesiapa di kalangan kamu yang mengetahui sesuatu, hendaklah dia bercakap
mengikut apa yang dia ketahui dan sesiapa yang tidak mengetahui, hendaklah dia
berkata: Allah yang lebih mengetahui. Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman
kepada Nabi-Nya s.a.w: (Katakanlah wahai Muhammad): Aku tidak meminta kepada
kamu sebarang bayaran kerana menyampaikan ajaran al-Quran ini dan aku bukanlah
daripada orang-orang yang (mengada-ngadakan.
Ketika
Rasulullah s.a.w melihat orang ramai membelot, baginda berdoa: Wahai Allah!
Timpakanlah kesulitan sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Nabi Yusuf
a.s. Masruq berkata: Tidak berapa lama berlakulah musim kemarau menyebabkan
semua makanan habis, sehinggakan mereka terpaksa memakan kulit-kulit kayu dan
bangkai kerana kelaparan.
Lalu salah
seorang daripada mereka mendongak ke langit lantas terlihat kepulan asap.
Kemudian Abu Sufian pergi berjumpa Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Muhammad!
Sesungguhnya engkau dibangkitkan untuk memerintah manusia supaya taat kepada
Allah dan menghubungkan tali silaturrahim. Sekarang kaummu telah ditimpa
malapetaka.
Oleh itu
berdoalah kepada Allah. Allah s.w.t berfirman sehingga ayat Yang bermaksud:
Oleh itu tunggulah wahai Muhammad masa langit membawa asap kemarau yang jelas
lagi nyata menyebabkan kebuluran yang dahsyat, menimpa seluruh keadaan manusia
yang kafir itu sehingga mereka berkata: Ini adalah satu azab yang sungguh
menyakitkan hinggalah firmanNya yang bermaksud: Sudah tentu kamu akan kembali
ingkar. Abdullah berkata: Adakah akan diperlihatkan azab Hari Akhirat?
Firman
Allah s.w.t Yang bermaksud: Ingatlah! Sekiranya kamu mengulangi keingkaran
kamu, kamu akan binasa semasa kami timpakan kamu dengan paluan yang kuat dari
pihak lawan kamu sesungguhnya kami tetap akan menyiksa dengan azab yang
sebenar-benarnya. Paluan yang kuat itu berlaku ketika peperangan Badar.
Ayat-ayat Dukhan kepulan) (asap, Batsyah (pukulan), lizam kepastian) siksa
orang-orang (kafir dan ayat-ayat Rom semuanya telah berlalu...
dokumen di facebook pemuda tqn suryalaya
Posting Komentar
Posting Komentar