Terdapat terus-menerus para penziarah menziarahi Abah Anom di Suryalaya, Tasikmalaya , Jawa Barat, Indonesia bagai kan 'Place of Interest' di Singapore. Jika lihat sahaja di pekarangan kompleks Pondok Pesantren Suryalaya terlihat beberapa bas 42 seaters atau van-van kecil teratur kerana para penziarah yang tidak putus-putus dari dalam negeri walaupun di luar.
Seorang ikhwan
lama Singapura, bernama Tuan Haji Yusope Bin Wanjor telah menceritakan bahawa
kunjungannya ke Suryalaya dalam tahun-tahun 80-an, ada kejadian, beliau berkata
: Semalam saya baru pulang dari Suryalaya bertemu Abah, ada cerita yang saya
nak kongsi.
Biasanya selepas
Maghrib, Abah tidak bertemu dengan para tetamu lagi kerana sehari suntuk sejak
selepas solat Subuh beliau duduk dengan para tetamunya. Biasanya selepas
Maghrib hingga jam 9 malam lebih, Abah akan duduk bersama keluarganya di
pekarangan keluarga yang terletak di hadapan kamarnya.
Kemarin, Abah di
datangi tetamu pada jam 11 malam dari rombongan Universiti Bandung, 13 orang
semuanya. Mereka bermati-matian ingin berjumpa dengan Abah, padahal pengawal
Pondok Suryalaya sudah khabarkan bahawa Abah perlu rehat , tunggulah esok
sahaja selepas Subuh, namun mereka berdegil.
Pak Jenal (
Kiyai Zainal Abidin ) di panggil untuk uruskan para tetamu yang tidak mahu
berganjak dari permintaan mereka. Sebaik sahaja Pak Jenal tiba berhadapan
dengan mereka, mereka kesemuanya ( 13 orang ) mengunci Pak Zenal dengan ilmu
psikology yang mereka pelajari dari Universiti Bandung. Rupa-rupanya mereka
adalah pakar dan doktor dalam bidang ilmu psikology di universiti
tersebut.Mereka menyangka Pak Jenal itu Abah Anom .
Cerita ini saya
perolehi dari Pak Jenal sendiri pada keesokan harinya, kata Pak Jenal : 'Waktu
saya di kunci terpaku tidak dapat bergerak langsung, tapi sempat saya berzikir
khafi, ketika itu terasa ada bantuan dari Abah yang berada dalam kamarnya
sehingga terasa kuat bantuan itu sehingga ianya dapat memecahkan kunci yang
meliputi diri saya'.
Selepas Pak
Jenal dapat memecahkan kunci tersebut, kelihatan 13 orang yang mengelilingnya
itu pula yang terkunci , sehingga tidak ada harapan di sedarkan semula. Pak
Jenal langsung mengambil air dari Abah untuk di sapukan ke wajah-wajah mereka
agar mereka dapat sedar semula.
Sebaik sahaja,
mereka sedar mereka menangis tobat, minta ampun dan berhasrat untuk menunggu
Abah selepas solat Subuh esok untuk mengambil baiát darinya.-tamat kisah
Ayuh teman-teman
! ambillah zikrullah dari Abah Anom, sebab di sini ada Surya Ilahi ( Suryalaya
) dan telah ditentukan ianya sebagai Tasik orang-orang Melayu minum darinya (
Tasikmalaya ) atau ambil dari para wakilnya yang banyak di Nusantara Melayu,
sama juga baliknya.
(Dokumen Pemuda
TQN Suryalaya News, sumber : ghousekhan.blogspot.com/)
Posting Komentar
Posting Komentar