(Syekh Nazim Haqqani menemui Abah Anom) |
“Banyak para alim
ulama dan para cendikiawan muslim memberikan pengetahuan agama kepada umat,
pengetahuan itu bagaikan lilin-lilin, apalah artinya lilin-lilin yang banyak
meskipun lilin-lilin itu sebesar pohon kelapa kalau lilin-lilin itu tidak
bercahaya. Dan cahaya itu salah satunya berada dalam kalbunya beliau ( Syekh
Ahmad Shohibul Wafa Tajul ‘Arifin).
Saya tidak tahu
apakah Nur Illahi yang dibawanya akan putus sampai pada beliau saja, atau masih
akan berlanjut pada orang lain. Tapi saya yakin dan berharap, sesudah beliau
nanti masih akan ada orang lain yang menjadi pembawa Nur Illahi itu.Siapakah
orangnya, saya tidak tahu.
Maka Anda sekalian
para hadirin, ambillah Nur Illahi itu dari beliau saat ini. Mumpung beliau
masih ada, mumpung beliau masih hadir di tengah kita, sulutkan Nur Illahi dari
kalbu beliau kepada kalbu anda masing-masing. Sekali lagi, dapatkanlah Nur
Ilahi dari orang-orang seperti Syekh Ahmad Shohibulwafa Tajul ‘Arifin.
Dari kalbu beliau
terpancar pesan-pesan kepada kalbu saya. Saya berbicara dan menyampaikan semua
pesan ini bukan dari isi kalbu saya sendiri. Saya mengambilnya dari kalbu
beliau. Di hadapan beliau saya terlalu malu untuk tidak mengambil apa yang ada
pada kalbu beliau. Saya malu untuk berbicara hanya dengan apa yang ada pada
kalbu saya sendiri.” -tamat ringkasan pidatonya
--Pidato Syekh
Nazim diatas juga pernah dimuat di Majalah Sufi “Lilin-lilin tapi tidak
bercahaya”
Bagi mereka yang
mencintai perjalanan kerohanian, dan berkesempatan berhadapan dengan Abah Anom
di Suryalaya, pasti akan terasa kehaibatannya dan getarannya yang mengharukan,
kerana beliau ibarat ''bapa'' kita, yang tidak berkesempatan berjumpa dengan
kesemua ''anak-anak''nya . Ramai yang menangis bila berhadapan dengan Abah buat
kali pertamanya samada penziarah itu termasuk dari para pengikutnya mahupun
selain mereka. Ketika ingin pulang ke tanah air sahaja, akan terasa kesedihan yang
amat sangat, persis perasaan yang sama ketika meninggalkan 'Ka'batullah '.
Alfaqir sendiri mengalami perkara yang sama, walaupun berkali-kali berkujungan
ke Surayalaya, yang anehnya, ketika detik-detik ingin pulang, kita terasa
seolah-olah tidak dapat berjumpa dengan Abah lagi..ada yang memeluk Abah dengan
eratnya, ada yang menangis tidak terkawal dan sebagainya. Mengikut hemat
alfaqir, ini adalah kesan bagi maqam 'ka'batul wasilin' yang pernah diberikan
Allah SWT kepada Sheikh Abdul Qodir Al-Jailani q.s.
Kejadian sama
berlaku ketika Sheikh Nazim berkunjungan ke Abah, selepas mengucapkan selamat
tinggal kepada Abah yang berkerusi roda di dalam madrasah ketika itu, Sheikh
Nazim beserta rombangan meninggalkan madrasah keluar ke mobil-mobil
masing-masing untuk berangkat pulang, anehnya apabila semua sudah berada di
dalam kenderaan masing-masing, Sheikh Nazim masih belum menaiki mobilnya,
beliau seolah-olah tidak terdaya untuk naik kenderaannya , beliau patah balik
masuk ke madrasah mengucapkan selamat jalan buat kali keduanya kepada Abah. Ini
berlaku sehingga 3 kali, masuk madrasah keluar balik, masuk madrasah keluar
balik,....... Sheikh Nazim 'tidak berdaya menaiki kenderaannya 'mungkin' oleh
kerana perasaan cinta dan kasih yang amat sangat menegahnya untuk berpisah
dengan Abah.
Abah mengesan
perasaan yang menyelimuti Sheikh Nazim, Abah meminta para pembantunya agar
beliau di bawa keluar dari madrasah sehingga mengiringi para tetamu di lapangan
perpisahan di hadapan kenderaan mereka masing-masing. Ketika itu Sheikh Nazim
berjumpa sekali lagi dengan Abah Anom mengucapkan 'Selamat Jalan'nya yang
terakhir. Pada waktu itu satu , Abah mengeluarkan dari sakunya sebentuk cincin
permata merah di hadiahkan kepada Sheikh Nazim. Barulah Sheikh Nazim kelihatan
kuat untuk meninggalkan tempat itu.
Sebahagian dari
karomah Abah yang masyhur , apabila ingin memberi sesuatu kepada orang-orang
yang di sayangi, cukup dengan menyeluk sakunya , akan adalah cincin atau tasbih
atau apa sahaja yang di tentukan Allah SWT buat ketika itu.
(Status Wahyu Pratama di FB Pemuda TQN Suryalaya)
(Status Wahyu Pratama di FB Pemuda TQN Suryalaya)
Posting Komentar
Posting Komentar