Wanita pun mampu mengungguli pria dalam bidang keilmuan. |
Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahwa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar diberbagai bidang.
Kehidupan
beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan
masyarakat, baik lelaki maupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi
dan kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut
serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang
tidak putus kepada suaminya.
Saidatina
Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum
wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat beliau seperti yang ada
sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang
sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi
perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan
pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak seribu tahun yang lalu.
Khazanah
pengetahuan yang dimiliki Saidatina Aisyah r.a. diperoleh sejak beliau masih
seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya, Aisyah r.a. dibesarkan oleh bapanya,
seorang Muslim yang dihormati dan disegani ramai lantaran ketinggian ilmunya,
kelembutan budi pekertinya serta peribadinya yang disegangi ramai. Tambahan
pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. serta merupakan
pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w. sejak zaman awal kerasulan baginda.
Semenjak
beliau muda, Aisyah r.a. yang terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta
daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri.
Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah, Aisyah r.a. berpeluang
menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin
ditandingi oleh wanita-wanita lain.
Aisyah
r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar usia beliau mencecah
sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri
setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar empatbelas hingga
limabelas tahun. Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan beliau, Aisyah r.a.
tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau
seidkit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi
Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah
kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh kasih saying serta hormat
mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain.
Berkenaan
pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menceritakan, sejurus
sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau telah keluar ke halaman
rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang berlalu di situ:"Aku
sendang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah
menjadi kusut" kata beliau. "Mereka datang mendapatkan ku dari
permainan ku lalu menyiapkan ku."
Saidatina
Aisyah r.a. dipakaikan pakaian pengantinnya yang diperbuat dari sutera halus
berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau dibawa oleh ibunya ke rumahnya
yang baru siap dibina serta disambut oleh wanita-wanita Ansar di muka pintu.
Mereka manyambutnya dengan ucapan "Demi kebaikan dan kebahagiaan dan
semoga diiringi kesenangan." Dalam kehadiran baginda Rasulullah yang
sedang tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w.
minum darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu
menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh
Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya
mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta
diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai pernikahan
baginda Rasulullah dengan saidatina Aisyah yang dijalankan dalam penuh
kesederhanaan.
Status
beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat riang Aisyah
sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung ke rumah untuk
bermain-main dengannya.
Sedang
aku bermain dengan permainanku,cerita Saidatina Aisyah r.a.,bersamaku ada
kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar
meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan
membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka.
Kadangkala baginda berkata, "Tinggal di situ, wahai Aisyah," dan
sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam
permainan kami. Kata Aisyah r.a. Suatu hari, baginda Rasulullah datang ketika
aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda berkata, "Wahai
Aisyah, permainan apakah ini?" "Inilah kuda-kuda Sulaiman," kata
ku dan baginda pun tertawa. Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah
sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di
sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang
sedang bermain.
Detik-detik
awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui saat-saat yang mencabar.
Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang tinggal
bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda Madinah
pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau terkejut
melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan tenat dan
lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang diberi bapa
beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat itu juga
mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan seorang
yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang menceritakan
peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:
Mereka
maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu, Kemudian Rasulullah
bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua orang
sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi
setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum mampu
difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah
yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan
hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.
Di
kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan
kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda
akan bertanya,:
Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini? Jawab baginda sering
berbeda-beda karena baginda begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya,
sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah. Namun di
kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah sendiri
begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta kepastian tentang
kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada
Rasulullah, Bagaimanakah kasihmu terhadapku?
Seperti
ikatan simpulan tali, jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh.
Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada
Rasulullah, Bagaimana keadaan simpulan itu? dan jawab baginda Demi Allah, masih
sama (kukuh).
Begitu
kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir rasa cemburu dan
tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan kepada orang lain
melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:
Wahai
Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada di antara dua
lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan yang satu lagi
sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan ternakkanmu?
Di
lembah yang rumputnya belum pernah diragut, jawab Rasulullah. Namun begitu,kata
beliau aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap orang dari mereka
pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku. Rasulullah hanya
tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita Aisyah lagi tentang sikap cemburunya
itu:
Aku
tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain sebagaimana aku
mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut nama Khadijah
serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira kepada
Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap kali
baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian daripada
daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali pernah ku
katakan kepada baginda, "Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di dunia
in selain Khadijah,"
Pernah
suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang begitu memandang
tinggi terhadap seorang wanita tua Quraisy, baginda berasa tersinggung lalu
berkata: Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan orang lain menafikan
diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan kebenaranku. Sedang
aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya untuk meringankan
beban sengsara ku.
Walaupun
Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak membawa kepada keburukan,
beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan penyabar. Beliau mengharungi
kehidupan yang serba kekurangan bersama isteri-isteri Rasulullah yang lain.
Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap makanan pun dalam jangka waktu yang
panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah beliau tidak berasap dan beliau hidup
bersama Rasulullah di atas buah tamar dan air semata-mata. Hidupnya yang miskin
tidak membawa sebarang tekanan atau memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari
tidak mengganggu cara hidup beliau walau sedikit pun.
Pernah
suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan perhubungan dengan isteri-isteri
baginda sehingga sebulan lamanya. Ini disebabkan mereka meminta sesuatu yang
Rasulullah tidak mampu berikan. Peristiwa ini berlaku selepas peperangan di
Khaibar dimana kemenangan umat Islam membawa harta rampasan serta membuahkan
keinginan terhadap harta kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah, baginda
Rasulullah pertama sekali menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira melihat
baginda telah kembali, namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang
penerimaan wahyu yang menyuruh baginda memberikan Aisyah dua pilihan. Baginda
seterusnya membacakan ayat :
"Hai
Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: "Jika kamu sekalian mengingini
kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mutah
dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki
(keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka
sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala
yang besar." (al-Ahzab 28-29)
Jawab
Aisyah:
Sesungguhnya
aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di akhirat, dan jawabnya itu
disetujui isteri-isteri baginda yang lain.
Beliau
setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya bersama Rasulullah dan begitu
juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat Islam dilimpahi harta kekayaan
yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus ribu dirham. Walaupun ketika itu
beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kekurangan, seluruh pemberian itu
disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus selepas itu, seorang pembantu
rumahnya bertanya, Bolehkan engkau menggunakan satu dirham untuk membeli daging
buat berbuka puasa?
Jika
aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah melakukannya, jawab Aisyah r.a.
Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah berkekalan sehingga akhir hayat
baginda. Ketika baginda sedang nazak, baginda telah pulang ke rumah Aisyah atas
izinisteri-isteri baginda yang lain. Kebanyakan masa baginda hanya terlantar di
katil dengan kepala baginda di atas pangkuan Aisyah. Saiditina Aisyah telah
meminta kayu siwak dari abangnya (or adik lelaki?) serta mengunyah kayu siwak
itu untuk melembutkannya lalu diberikan kepada Rasulullah. Walaupun sudah
berkeadaan tenat, baginda menggosok gigi baginda dengan bersungguh-sungguh.
Tidak lama kemudian, baginda jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri dan Aisyah
melihat itu adalah tanda-tanda ajal baginda telah sampai. Namun sejam kemudian,
baginda kembali membuka mata.
Aisyahlah
yang menyaksikan dan menyampaikan kisah saat-saat akhir sebelum kewafatan insan
mulia ini, kekasih Allah moga dilimpahi rahmatNya.
Setelah
baginda sedar kembali, Aisyah mengingati Izrail telah berkata kepadanya: Tidak
seorang Nabi itu diambil nyawanya melainkan dia telah ditunjukkan tempatnya di
syurga serta diberikan pilihan samada untuk hidup atau mati,
Baginda
tidak akan memilih untuk bersama kita, kata Aisyah pada dirinya. Kemudian
Aisyah terdengar baginda berkata, Demi pertemuan agung di syurga, demi
hamba-hambanya yang dilimpahi rahmatNya, para Nabi, para syuhada dan
orang-orang yang beriman…. Dan sekali lagi beliau terdengar baginda berkata ya
Tuhanku, demi pertemuan agung di syurga… Inilah kata-kata terakhir baginda yang
didengar oleh Saidatina Aisyah r.a. Sedikit demi sedikit, kepala Rasulullah
semakin berat di pangkuan Aisyah, sehinggalah sahabat-sahabat yang lain mula
menitiskan air mata. Lalu Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di atas bantal
dan turut serta menangisi permergian baginda.
Di
lantai rumah Aisyah, berhampiran tempat pembaringan Rasulullah ketika baginda
sedang nazak, sebuah kubur digali dan di situlah bersemadi jasad penutup segala
Nabi, di kala umatnya sedang dalam kegelisahan dan kesedihan yang mendalam.
Aisyah
hidup selama hampir lima puluh tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.
Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri Rasululluah. Sebahagian besar waktu
itu diluangkan dengan mempelajari dua sumber penting petunjuk Allah, iaitu
al-Quran dan sunnah Rasulullah. Tiga orang daripada isteri-isteri Rasulullah
yang menghafaz al-Quran, dan salah seorang daripadanya adalah Aisyah r.a.(di
samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti Hafsah, Aisyah juga mempunyai salinan
al-Quran yang ditulis setelah kewafatan Rasulullah.
Berkenaan
dengan hadith baginda Rasulullah, Aisyah merupakan salah seorang daripada empat
orang sahabat (termasuk Abu Hurairah, Abdullah ibn Umar dan Anas Ibn Malik)
yang meriwayatkan lebih dua ribu hadith. Kebanyakan hadith-hadith ini berkaitan
amalan-amalan peribadi Rasulullah yang hanya mampu diketahui oleh Aisyah r.a.
Satu aspek penting berkenaan hadith yang diriwayatkan Aisyah ialah
hadith-hadith tersebut disampaikan dalam bentuk tulisan oleh, antara lainnya,
anak saudara beliau, Urwah ibn az-Zubair yang merupakan salah seorang ulama
terkenal di kalangan tabiin.
Ramai
di kalangan sahabat Rasulullah dan pengikut-pengikut mereka yang menimba dari
ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu Musa alAshari pernah berkata: Sekiranya kami
di kalangan sahabat Rasulullah menghadapi kemusykilan, maka akan kami bawa
kepada Saidatina Aisyah r.a.
Urwah
ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan sahaja arif dalam bidang fiqh,
bahkan juga dalam bidang tibb(perubatan) dan syair. Ramai di kalangan sahabat
baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan masalah pewarisan
harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang matematik. Para ulama
menganggap Saidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli fuqaha Islam terawal di
samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn Abbas. Kata baginda
Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam; Pelajarilah
sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira,Al-Humaira, atau si merah adalah
nama panggilan Rasulullah kepada Saidatina Aisyah r.a.
Saidatina
Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu pengetahuan, bahkan turut
memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan masyarakat
ketika itu. Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik
hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan begitu tinggi
oleh al-Ahnaf: Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari Uthman
dan Ali serta para khulafa hingga ke hari ini, tetapi belum pernah aku
mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut seorang pun
melainkan Aisyah r.a.
Manusia
dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk mempelajari
ilmu yang dimilikinya. Dikatakan lebih ramai bilangan wanita daripada lelaki
yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau. Di samping menjelaskan
kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil, ada di
kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya
sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat
bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah r.a. dijadikan
sekolah dan sebuah institusi pengajian.
Ada
di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah pimpinan beliau.
Sudah disebut sebelum ini tentang anak saudara lelaki beliau iaitu Urwah ibn az-Zubair
sebagai salah seorang perawi hadith terkemuka. Di antara pelajar wanita didikan
Aisyah ialah Umrah binti Abdur Rahman. Umrah dianggap oleh para ulama sebagai
seorang perawi hadith yang thiqah dan dikatakan bertindak sebagai setiausaha
Aisyah r.a dalam menerima dan menjawab surat-surat yang diterima Aisyah.
Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses pendidikan terutamanya bagi kaum
wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.
Selepas
Khadijah al-Kubra (yang hebat) dan Fatimah az-Zahra (yang menawan), Aisyah
as-Siddiqah (yang membenarkan) dianggap sebagai wanita terbaik dalam Islam.
Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang pakar dalam setiap bidang
pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan peperangan. Beliau sering
menyesali penglibatannya dalam peperangan namun dibarkahi dengan umur yang
panjang berpeluang membetulkan kedudukannya sebagai wanita paling dihormati
sewaktu hayatnya. Beliau kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan pada tahun
kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau sendiri, jasadnya
disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di kalangan sahabat
baginda Rasulullah s.a.w. (dkh)
Sumber Link: www.suaramedia.com
Posting Komentar
Posting Komentar