(Sambungan dari bagian ke II)
Nabi Khaidir- 3
Buku Mengenai Kisah Nabi Khaidir as. |
Kali ini kami ambil tulisan Syaikh Badi`uz-Zaman Sa`id an-Nursi yang diterjemahkan dalam
bahasa Inggris di bawah dengan judul “The Letters“, jilid 1, mukasurat 1
– 2. Buku ini kome boleh cari kat Saba Islamic Media.
- First question:- Is
Khadr (peace be upon him) still alive ? If so, why do some serious
scholars reject his being alive ?
- Answer:- He
is still alive. But there are five degrees of life, of which Khadr has
the second. It is because of this that those scholars have doubted his
being alive.
- ….The second degree of life is manifested in the lives of Khadr and Elijah. This second degree is to some certain extent free in that those who have it can be present in different places at the same time, and their life is not bound by the necessities that bind ordinary human life. Like us, they may eat and drink at times but, unlike us, they do not have to. The experiences that some godly persons who are able to discern the hidden truths have had with Khadr are enough to illuminate and prove this degree of life. Further, one of the spiritual degrees or stations which saints reach in their spiritual journeys is called the ‘station of Khadr’. A saint who has attained this degree may meet Khadr and be directly instructed by him. Indeed, it sometimes even happens that one who holds this station is mistaken for Khadr himself.
- Begitulah, ikhwah pandangan Syaikh Badi’uz-Zaman an-Nursi. Terpulanglah kepada kita semua.
Syarah Muslim – Fadhail al-Khidhir s.a.w.
Syarah Muslim |
Nabi Khidhir a.s. – 1
Ikhwah, kami terbaca dalam sebuah posting
dari beberapa pendapat lain menyatakan bahawa menurut jumhur ulama Nabi Khidhir
itu sudah wafat dan hanya golongan minoriti sahaja yang berpendapat bahawa Nabi
Khidhir masih hidup. Sedangkan kenyataannya adalah sebaliknya kerana jumhur
ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah memfatwakan bahawa Nabi Khidhir a.s. masih hidup dan
hanya golongan minoriti sahaja yang mengatakan baginda telah wafat. Aku
nukilkan di sini tulisan Imam an-Nawawi dalam “Syarah Muslim”
juzuk ke – 15, mukasurat 135 – 136 pada Bab min Fadhail al-Khidhir
s.a.w., beliau menyatakan:-
- JUMHUR ULAMA berpendapat bahawasanya dia (yakni Sayyidina Khidhir)hayyun maujudun baina adzharina (hidup dan wujud di kalangan kita, yakni di masa kita ini) dan pendapat ini telah disepakati oleh para shufi dan ahlush sholah wal ma’rifah (orang-orang ahli kebajikan dan ma’rifah). Cerita-cerita mereka mengenai melihat dan bertemu dengan baginda dan mengambil pengajaran serta bersoal-jawab dengan baginda, dan kehadiran baginda di tempat-tempat yang mulia dan tempat-tempat kebajikan adalah terlalu banyak daripada boleh dihitung dan terlalu masyhur daripada boleh ditutup. Dan telah berkata asy-Syaikh Abu ‘Umar bin ash-Sholah: “Dia (yakni Nabi Khidhir) hidup menurut jumhur ulama dan orang-orang sholeh dan orang awam adalah beserta mereka dalam pegangan ini”. Dia juga berkata: “Bahawasanya adalah satu pandangan yang ganjil daripada sesetengah muhadditsin pada mengingkari hal ini (yakni sebahagian ahli hadits mengingkari bahawa Nabi Khidhir masih hidup).
Jadi Imam an-Nawawi dengan jelas
menyatakan bahawa JUMHUR ULAMA berpegang dengan pendapat bahawa Nabi Khidhir
a.s. masih hidup dan belum mati lagi. Bagaimana rupa kehidupan baginda, Allah
sahaja yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa. Hidup atau matinya baginda
sekarang bukanlah perkara besar dan tidak harus dijadikan perbalahan sesama
umat. Nak percaya baginda masih hidup, tidak ada masalah kerana itulah pendapat
jumhur ulama dan yang nak percaya bahawa baginda telah wafat pun tidak menjadi
masalah kerana sesetengah ulama dan ahli hadits berpendapat sedemikian seperti
Imam al-Bukhari. Dan aku nak pesan kat sini agar sesiapa yang percaya jangan
pulak mudah sangat men’claim’ telah bertemu dengan Nabi Khidhir. Dalam
bermu’amalah dengan manusia aku teringat kalam hikmah as-Sajjad Imam Ali Zainal
‘Abidin di mana dia berpesan :“Anggaplah setiap orang yang engkau temui
itu Nabi Khidhir”. Sebenarnya hikmah kalam ini bertujuan untuk
membaikkan budipekerti serta baik mu’amalah dan mujammalah sesama anak Adam.
Allahu ‘alam.
----------------------------------------------------------------------------------------
2. Nabi ilyas a.s.
Ketika sedang berehat datanglah malaikat
kepada Nabi Ilyas A.S. Malaikat itu datang untuk menjemput ruhnya. Mendengar
berita itu, Ilyas menjadi sedih dan menangis.
“Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut.
“Tidak tahulah.” Jawab Ilyas.
“Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” tanya malaikat.
“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah,” jawab Ilyas.
“Mengapa engkau bersedih?” tanya malaikat maut.
“Tidak tahulah.” Jawab Ilyas.
“Apakah engkau bersedih kerana akan meninggalkan dunia dan takut menghadapi maut?” tanya malaikat.
“Tidak. Tiada sesuatu yang aku sesali kecuali kerana aku menyesal tidak boleh lagi berzikir kepada Allah, sementara yang masih hidup boleh terus berxikir memuji Allah,” jawab Ilyas.
Saat itu Allah lantas menurunkan wahyu
kepada malaikat agar menunda pencabutan nyawa itu dan memberi kesempatan kepada
Nabi Ilyas berzikir sesuai dengan permintaannya. Nabi Ilyas ingin terus hdup
semata-mata kerana ingin berzikir kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas
sepanjang hidupnya.
“Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti.” Kata Allah.
“Biarlah dia hidup di taman untuk berbisik dan mengadu serta berzikir kepada-Ku sampai akhir nanti.” Kata Allah.
----------------------------------------------------------------------------------------
3. Nabi ‘idris a.s.
Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke
langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah
dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT
bermaksud:
“Dan
ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam
Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang
Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.”(Maryam: 56-57)
Nama Nabi Idris
as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana
beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi
Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk
menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah
selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya
dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup
beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut
sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian
Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui
Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as.
mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba,
maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau
menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda
beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya,
sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian
Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati
makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus
melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai
terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu. Kemudian
beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk
melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi
Allah Idris.”
Maka berjalanlah
keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup
di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut
berkata kepada Nabi Idris as.:
“Wahai Idris,
adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun
menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang
halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
Kemudian
Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh
mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka
bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala
tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris
tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau
bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?
Saya adalah
Malaikat Maut.”
“Tuankah yang
bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”
“Benar ya
Idris.”
“Sedangkan tuan
bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa
makhluk?”
“Wahai Idris,
selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh
makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan
seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai Malaikat,
apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang
untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat
Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku,
kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali,
supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul
maut itu.”
Malaikat Maut
pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun,
melainkan hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT
mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka
dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian
ketika itu.
Di waktu
Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan
perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan
kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun
dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
Kemudian
Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku,
bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? “
“Bila seekor
binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu
kali lebih sakit daripadanya.
“Padahal-kelembutan
yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum
pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan.”
“Wahai Malaikat
Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh
berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih
banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu.”
“Wahai Idris as.
saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”
Akhirnya Allah
SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka.
Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat
melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti
rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang
mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan
lain-lain.
Setelah merasa
puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris
as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat
yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga.
Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi
kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya
kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa
perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT
pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke
dalam Syurga.
Kemudian
pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka
berhenti di pintu tersebut.
Dari situ Nabi
Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat
segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya.
Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan
lain-lain.
Kemudian Nabi
Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya
maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan
kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat
meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka Malaikat
Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk
memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam
Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia
keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata
kepada Malaikat Maut:
“Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
“Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut
pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah
Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut
memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah
SWT telah berfirman bermaksud: “Setiap yang berjiwa akan merasakan
mati.” (Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya
telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan
tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.” (Maryam:
71)
Dan saya pun
telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “…
Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).” (Al-Hijr:
48)
Maka Allah
menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah
menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”
Allah
menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan
firman-Nya bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka,
kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang
yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke
martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)
---------------------------------------------------------------------------------------
4. Kisah Nabi ‘isa a.s.
Seorang lagi Nabi Allah yang diceritakan
dari kecil di dalam al-Qur’an ialah Isa. Baginda diutus kepada kaum Bani Israil
dengan kitab Injil yang diturunkan sebelum al-Qur’an.
Di dalam al-Qur’an, Nabi Isa disebut
dengan empat panggilan iaitu Isa, Isa puteraMariam, putera
Mariam, dan al-Masih.
Ibunya seorang yang sangat dimuliakan
Allah. Dia memilihnya di atas semua perempuan di semua alam. Firman-Nya, “Dan
ketika malaikat-malaikat berkata, ‘Wahai Mariam, Allah memilih kamu, dan
membersihkan kamu, dan Dia memilih kamu di atas semua perempuan di semua alam’”
(3:42).
Mariam, ibu Nabi Isa, telah menempuh
satu ujian yang amat berat daripada Allah. Dia dipilih untuk melahirkan seorang
Nabi dengan tanpa disentuh oleh seseorang lelaki. Dia adalah seorang perempuan
yang suci.
Kelahiran
Kelahiran Nabi Isa merupakan suatu
mukjizat kerana dilahirkan tanpa bapa. Kisahnya diceritakan di dalam al-Qur’an.
Di sini, ceritanya bermula dari kunjungan malaikat kepada Mariam atas perintah
Allah. Ketika itu, malaikat menyerupai manusia dengan tanpa cacat. Kemunculan
malaikat membuat Mariam menjadi takut lalu berkata,
“Aku berlindung pada Yang Pemurah
daripada kamu, jika kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)!’
Dia (malaikat) berkata, ‘Aku hanyalah
seorang rasul yang datang daripada Pemelihara kamu, untuk memberi kamu seorang
anak lelaki yang suci.’” (19:18-19)
Pada ayat yang lain, diceritakan bahawa
malaikat yang datang itu telah memberi nama kepada putera yang bakal
dilahirkan. Nama itu diberi oleh Allah, dan dia (Isa) akan menjadi terhormat di
dunia dan akhirat sambil berkedudukan dekat dengan Tuhan. Ayatnya berbunyi:
“Wahai Mariam, Allah menyampaikan kepada
kamu berita gembira dengan satu Kata daripada-Nya, yang namanya al-Masih, Isa
putera Mariam, terhormat di dunia dan di akhirat, daripada orang-orang yang
didekatkan.” (3:45)
Kemudian Mariam bertanya,
“Bagaimanakah aku akan ada seorang anak
lelaki sedang tiada seorang manusia pun menyentuhku, dan bukan juga aku seorang
jalang?” (19:20)
Malaikat menjawab,
“Dia (Allah) berkata, ‘Begitulah;
Pemelihara kamu telah berkata, ‘Itu mudah bagi-Ku; dan supaya Kami membuat dia
satu ayat (tanda) bagi manusia, dan satu pengasihan daripada Kami; ia adalah
perkara yang telah ditentukan’” (19:21).
Maka lahirlah Isa putera Mariam lebih
enam ratus tahun sebelum Nabi Muhammad dilahirkan. Allah membuat Nabi Isa dan
ibunya satu ayat (tanda) bagi manusia, iaitu tanda untuk menunjukkan
kebesaran-Nya (23:50).
Kerasulan dan Kenabian
Isa adalah seorang Nabi dan juga seorang
Rasul. Baginda dan beberapa orang rasul telah dilebihkan Allah daripada
rasul-rasul lain. Ada yang Dia berkata-kata kepadanya, ada yang Dia menaikkan
darjat, dan bagi Isa, Dia memberi bukti-bukti yang jelas serta mengukuhkannya
dengan Roh Suci. Firman-Nya:
“Dan rasul-rasul itu, sebahagian Kami
melebihkan di atas sebahagian yang lain. Sebahagian ada yang kepadanya Allah
berkata-kata, dan sebahagian Dia menaikkan darjat. Dan Kami memberikan Isa
putera Mariam bukti-bukti yang jelas, dan Kami mengukuhkan dia dengan Roh Qudus
(Suci).” (2:253)
Namun begitu, manusia dilarang oleh
Allah untuk membeza-bezakan antara para rasul dan Nabi. Larangan itu berbunyi,
“Katakanlah, ‘Kami percaya kepada Allah,
dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim,
dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, dan puak-puak, dan apa yang diberi kepada
Musa, dan Isa, dan apa yang diberi kepada Nabi-Nabi daripada Pemelihara mereka.
Kami tidak membeza-bezakan seorang pun antara mereka, dan kepada-Nya kami
muslim.’” (2:136)
Akibat membeza-bezakan Nabi atau Rasul
dapat dilihat pada hari ini, iaitu Nabi Isa dipercayai oleh sesetengah pihak
sebagai Tuhan atau anak Tuhan, dan Nabi Muhammad, dianggap macam Tuhan, yang
berhak membuat hukum agama.
Ajaran
Oleh kerana Isa seorang Nabi baginda
diberi sebuah Kitab, Injil, yang mengandungi petunjuk dan cahaya untuk menjadi
pegangan Bani Israil. Selain menyuruh Bani Israil menyembah Allah dengan
mentaati Injil, baginda mengesahkan kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya.
Dua firman Allah menjelaskannya di sini, berbunyi:
“Dan Kami mengutus, menyusuli
jejak-jejak mereka, Isa putera Mariam, dengan mengesahkan Taurat yang
sebelumnya; dan Kami memberinya Injil, di dalamnya petunjuk dan cahaya,” (5:46)
dan,
“Aku (Isa) hanya mengatakan kepada
mereka apa yang Engkau memerintahkan aku dengannya: ‘Sembahlah Allah,
Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.’” (5:117)
Turut disebut di dalam Injil (dan
Taurat) ialah berita mengenai kedatangan seorang Nabi berbangsa Arab, atau
ummiy (7:157), dan janji dikurniakan Taman atau
Syurga bagi orang-orang yang berperang di jalan Allah (9:111).
Janji itu juga didapati di dalam Taurat dan al-Qur’an.
Ketika baginda diutus, manusia sedang
berselisih dalam hal agama. Maka kedatangannya adalah juga untuk memperjelaskan
apa yang diperselisihkan. Firman Allah:
“dia (Isa) berkata, ‘Aku datang kepada
kamu dengan kebijaksanaan, dan supaya aku memperjelaskan kepada kamu sebahagian
apa yang dalamnya kamu memperselisihkan; maka kamu takutilah Allah, dan taatlah
kepadaku.’” (43:63)
Baginda juga memberitahu tentang
kedatangan seorang rasul selepas baginda, yang namanya akan dipuji. Ayat yang
mengisahkannya berbunyi:
“Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku
(Isa) rasul Allah kepada kamu, mengesahkan Taurat yang sebelum aku, dan memberi
berita gembira dengan seorang rasul yang akan datang selepas aku, namanya ahmad (dipuji).”
(61:6)
Pengikut setia
Seperti Nabi atau Rasul yang lain,
baginda mempunyai pengikut-pengikut yang setia dan juga yang tidak setia atau
yang menentang. Pengikut-pengikutnya yang setia percaya kepada Allah dan
kepadanya. Mereka adalah muslim. Firman Allah:
“Dan ketika Aku mewahyukan
pengikut-pengikut yang setia, ‘Percayalah kepada-Ku, dan rasul-Ku’; mereka
berkata, ‘Kami percaya, dan saksilah Engkau akan kemusliman kami.’” (5:111)
Pengikut-pengikut yang setia pula
menjadi penolong-penolong, bukan baginya tetapi bagi Allah. Firman-Nya:
“Berkatalah pengikut-pengikutnya yang
setia, ‘Kami akan menjadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah,
dan saksilah kamu akan kemusliman kami.’” (3:52)
Begitu juga bagi pengikut-pengikut setia
Nabi-Nabi lain, termasuk Muhammad. Semuanya menjadi penolong-penolong Allah,
untuk melaksana dan menyampaikan mesej-Nya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang percaya, jadilah
kamu penolong-penolong Allah, sebagaimana Isa putera Mariam berkata kepada
pengikut-pengikut yang setia, ‘Siapakah yang akan menjadi penolong-penolong aku
bagi Allah?’ Pengikut-pengikut yang setia berkata, ‘Kami akan menjadi
penolong-penolong Allah.’” (61:14)
Walau bagaimana pun, pengikut-pengikut
Nabi Isa yang setia memerlukan bukti selanjut untuk megesahkan kebenarannya dan
supaya hati mereka menjadi tenteram. Untuk itu mereka memohon sebuah meja
hidangan dari langit. Kisahnya berbunyi begini:
“Dan apabila pengikut-pengikut yang
setia berkata, ‘Wahai Isa putera Mariam, bolehkah Pemelihara kamu menurunkan
kepada kami sebuah meja hidangan dari langit?’
Dia (Isa) berkata, ‘Kamu takutilah
Allah, jika kamu orang-orang mukmin.’
Mereka berkata, ‘Kami menghendaki untuk
memakan daripadanya, dan hati kami menjadi tenteram, supaya kami mengetahui
bahawa kamu berkata benar kepada kami, dan supaya kami adalah antara para
saksinya.’” (5:112-113)
Justeru itu, baginda memohon kepada
Allah,
“Ya Allah, Pemelihara kami, turunkanlah
kepada kami sebuah meja hidangan dari langit, yang akan menjadi bagi kami satu
perayaan, yang pertama dan yang akhir bagi kami, dan satu ayat (tanda) daripada
Engkau. Dan berilah rezeki untuk kami; Engkau yang terbaik daripada
pemberi-pemberi rezeki.” (5:114)
Allah mengabulkan permintaannya. Lantas,
meja hidangan yang turun menjadi satu lagi mukjizat bagi Nabi Isa. Dan ia juga
menjadi nama sebuah surah di dalam al-Qur’an, iaitu surah kelima, al-Maidah.
Mukjizat
Selain daripada kelahiran yang luar
biasa dan meja hidangan, Nabi Isa telah dikurniakan dengan beberapa mukjizat
lain. Ayat berikut menjelaskannya:
“Ketika Allah berkata, ‘Wahai Isa putera
Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku
mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada
manusia di dalam buaian dan setelah dewasa ….. dan apabila kamu mencipta
daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu
menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan
izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit
kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati,
dengan izin-Ku’ ….. lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata,
‘Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.’” (5:110)
Walaupun Nabi Muhammad hanya diberi satu
mukjizat, manusia ditegah daripada berkata bahawa Nabi Isa adalah lebih mulia
daripada Nabi Muhammad. Kerana, seperti yang sudah maklum, amalan membeza-beza
para Nabi dan Rasul dilarang Allah.
Diangkat Ke langit
“Apabila Allah berkata, ‘Wahai Isa, Aku
akan mematikan kamu, dan menaikkan kamu kepada-Ku, dan Aku
membersihkan kamu daripada orang-orang yang tidak percaya …..’” (3:55)
“Dan aku (Isa) seorang saksi ke atas
mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau mematikan aku,
Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala
sesuatu.” (5:117)
Akan tetapi, sebahagian daripada kaum
Bani Israil mengatakan bahawa mereka telah membunuhnya disalib. Allah
mengatakan yang sebaliknya pula. Apa yang berlaku hanya satu kesamaan sahaja.
Firman-Nya:
“ucapan mereka, ‘Kami telah membunuh
al-Masih, Isa putera Mariam, rasul Allah.’ Tetapi mereka tidak membunuhnya, dan
tidak juga menyalibnya, tetapi hanya satu kesamaan yang ditunjukkan kepada
mereka. Orang-orang yang berselisih mengenainya benar-benar dalam keraguan
terhadapnya; mereka tidak ada pengetahuan mengenainya, kecuali mengikuti
sangkaan; mereka tidak membunuhnya, yakinlah.” (4:157)
Di akhir zaman nabi ‘isa akan turun
kembali ke bumi, bukan sebagai nabi tapi sebagai umat nabi muhammad SAW.
(mengikut syariat nabi muhammad). akan berdakwah mengajak orang2 kristen untuk
islam, menghancurkan sali-salib, membunuh dajjal.
Sumber : http://salafytobat.wordpress.com/
Posting Komentar
Posting Komentar