Akibat pemerkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak
yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu anak tersebut dibawa ke
Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk menghadap Amirul Mukminin
untuk mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjabat sebagai
khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.
"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih
bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."
Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar bin Khattab ra. merasa
terkejut dan heran. Perempuan itu berkata lagi: "Anak kecil ini adalah
keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina
Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?"
Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang
nyawaku di tanganNya, dari pihak aku anak ini adalah halal dan dari pihak Abu
Syahamah, anak ini haram." Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak
mengerti maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus
terang.
Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa
dirinya sehingga melahirkan anak itu. Sayyidina Umar mendengar pengakuan
perempuan itu sehingga meneteskan air mata. Kemudian Sayyidina Umar menegaskan:
"Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi
orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum
perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."
Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan
kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku
sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."
Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah
dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya
Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu
Syahamah." Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi
Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para
sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu
semua tetap di sini sehingga aku kembali."
Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa uang dan kain untuk
diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah uang
sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan
anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada yang kurang, maka ambillah
sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil uang
dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama
dengan anaknya.
Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar bin Khattab ra. berkata kepada
sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di
sini sehingga aku kembali."
Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang
menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata:
"Wahai anakku, kesinilah dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka
inilah hari terakhirmu untuk kehidupan dunia."
Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata,
"Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir
bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah
wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."
Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah
Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha
Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah
engkau, hari dimana engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan
mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam
keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau
bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau
tidak engkau akan binasa."
Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam
membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku
lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."
Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat
suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang
pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah
memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."
Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat
para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.
"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.
"Kerana aku mau tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas
daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar bin Khattab ra. dengan tegas.
Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama
Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan
sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."
Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau
telah menjatuhkan nama baik ayahmu."
Ketika sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di
belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai
sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah
mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar
tadi."
Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih,
pukullah anakku Abu Syahamah, pukulah dia dengan rotan dia sehingga dia merasa
sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."
Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan
memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila
diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak
sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai
ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku."
Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas
dari jasadmu."
Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi.
Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku
dapat mengambil sedikit kesenangan."
Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan,
maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."
Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak
sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon
kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat."
Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku
menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan
jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan
dipukul seperti ini lagi."
Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak
sepuluh kali lagi.
Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon
kepadamu berilah aku minum seteguk air."
Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli
neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air
minum."
Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak
sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku,
dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku." Sayyid
ina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan
kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat."
Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh
kali sabetan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai
ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku
mati?"
Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan heran kepadamu
sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat
nanti." Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak
sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai
ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."
Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika
engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku
kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."
Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul
lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang
semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai
sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya
memaafkan aku saja?"
Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkata:
"Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan atas anakmu itu dan
kasihanilah dia." Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai
sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah
an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada
keduanya dalam menjalankan hukum Allah." Mendengar penjelasan Sayyidina
Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina
Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi. Akhirnya Abu
Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat
sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.
Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai
menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus
kalinya.
"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar
apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan:
"Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi
menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke
masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu,
malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.
Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul
Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan
oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu. Setelah
selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu
'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang
wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih dan Abu Syahamah duduk di
hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu
'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku
pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap
kebajikannya kerana tidak menyepelekan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya
sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di
dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada
tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.
(Dokumen
Pemuda TQN Suryalaya News, sumber: ruangfana.blogspot.com)
Posting Komentar
Posting Komentar