(foto: Pangersa Abah Anom ra.) |
Kami mendapatkan
kisah ini dari seorang ikhwan Singapur yang melihat dengan mata kepalanya
sendiri kejadian yang sangat ajaib ini. Beliau tidak mengizinkan namanya serta
gambarnya di siarkan dalam blog ini.
Kira-kira pada
tahun 1972, beliau sedang duduk-duduk bersama teman seorang dua dengan Abah di
dalam madrasah, tiba-tiba pintu masuk yang berdekatan dengan tangga naik di
tendang dengan sangat kuat sehingga terbuka pintu tersebut. Kata ikhwan ini ,
saya melihat seorang pendekar yang sangat hebat dan gerun kerana dia memakai
pakaian pendekarnya yang lengkap serta benar-benar bersedia untuk menyerang.
Kata beliau,
jika dia menuju ke Abah, saya rasa tenang sedikit tetapi jika dia menuju ke
arah saya, habis semua cerita....! sambil berjenaka.
Abah dengan
tenang menegur saya beserta teman disebelah : 'Ya jangan tengok, tutup matanya
( zikir ) khafi terus, bantu-bantu Abah...'
Pendekar ini
kemudian menyeret kakinya kebumi pada setiap langkah kiri dan kanannya sambil
membuka jurusan silatnya menuju ke Abah,...baru kami tahu bahawa dia memang
berniat untuk menyerang Abah, tapi Abah dengan tenang duduk di tempatnya
bersila sambil mengingatkan ikhwan untuk teruskan zikir khafinya.
Apabila, si
pendekar ini dekat pada Abah kira jarak lagi 6 atau 7 langkah lagi, beliau
terpelanting ke belakang dan jatuh rebah. Pendekar ini bangun semula dan
membuat serangan keduanya, namun apabila sambil di lokasi yang sama tadi,
beliau terpelanting ke belakang lagi. Semangatnya kuat dan buat kali ketiganya
beliau bangun dan menguatkan jurusannya agat tidak gagal lagi. Apabila sampai
ke lokasi atau garisan tadi, beliau terpelanting lagi dan terus pengsan.
Suasana sangat
tengang tetapi zikir khafi sangat menenangkan. Abah memanggil petugas madrasah
Almarhum Wak Din ( beliau juga adalah bekas pesilat dan berbadan besar yang
telah berkhidmat dengan Abah sekian lamanya) untuk mengambil air untuk Abah
membacakan dan untuk disapukan air tersebut ke muka pendekar yang pengsan itu.
Sebaik sahaja pendekar itu di sapu Wak Din dengan air tersebut, beliau tersedar
dari pengsannya dan terus menangis meminta ampun kepada Abah dan menyerah diri
untuk menjadi murid Abah. Kemudian Abah mentalqinkannya zikir dan beliau
menjadi ikhwan. Kurang pasti samada beliau ini masih hidup atau sudah pulang
kerahmatullah.
Semoga Allah swt
membantu terus kepada para hambaNya yang menjalankan amanah untuk hidupkan
amalan zikrullah yang diperolehi secara tradisi ini dari satu guru ke satu guru
sehingga ke Kanjeng Nabi S.A.W yang kami cintai, Ameen...... inilah dia
'sunnah' yang kita pertaruhkan pada akhir zaman...bukan mazahirnya sahaja
tetapi jawahirnya.
Sumber: ghousekhan.blogspot.com/
Posting Komentar
Posting Komentar