SYAIKHUL
KARAMAH ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dilahirkan di Ghujdawan,
sebuah bandar yang berdekatan dengan Bukhara yang kini dikenali sebagai Uzbekistan.
Bapaknya bernama Imam ‘Abdul Jalil Rahmatullah ‘alaih, seorang dari kalangan
Wali Besar serta ‘Alim yang masyhur dalam berbagai bidang ‘Ilmu Zahir dan Batin
di zaman kegemilangan Byzantin. Silsilah keturunan bapaknya sampai kepada Imam
Malik Rahmatullah ‘alaih. Ibunya adalah seorang puteri Raja Seljuk Anatolia
dari kerajaan Rom.
Semenjak
zaman anak-anak lagi beliau telah mempelajari Al-Quran dan Tafsirnya, ‘Ilmu
Hadits, Nahwu dan Saraf bahasa ‘Arab dan ‘Ilmu Fiqh dari Hadhrat Syeikh
Sadruddin Rahmatullah ‘alaih di Ghujdawan. Setelah beliau menguasai bidang
‘Ilmu Syari’at, beliau telah mengalihkan tumpuannya kepada Mujahadatun Nafs
sehinggalah dia telah mencapai pada suatu kedudukan yang tinggi lagi suci.
Kemudian beliau telah berpindah ke Syria di mana dia telah mendirikan sebuah
Madrasah yang telah melahirkan begitu banyak penuntut ilmu. Mereka kesemuanya
menguasai bidang Fiqh dan Hadits serta ilmu-ilmu keruhanian di Tanah Khurasan
dan di Tanah ‘Arab.
Syeikh
‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih telah memperolehi nisbat ‘Ilmu
Batin menerusi Syeikh Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan salah
seorang khalifah besar Syeikh Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih dan mencapai
kedudukan kewalian yang tertinggi dalam Silsilah ‘Aliyah Naqshbandiyah dan
menjadi penghulu bagi Tariqat ini. Perkataan beliau adalah hujjah dan pada
hakikatnya menjadi dalil bagi perjalanan Tariqat. Beliau merupakan Syeikh bagi
sekalian Syeikh, Mujtahid serta Qutub pada zamannya. Beliau juga dikenali
sebagai Syaikhul Karamah karena memiliki banyak Keramat. Cahaya Ruhaniahnya
bersinar seumpama mentari dan beliau merupakan seorang Mahaguru dalam tingkatan
Ruhani yang tertinggi pada zamannya. Beliau merupakan seorang ‘Arif yang Kamil
dalam bidang Tariqat Tasawwuf dan dianggap sebagai pancuran limpahan ‘Ilmu
Ma’rifat di kalangan Para Asfiya serta diibaratkan seumpama sebuah mata air
bagi Para Masyaikh dan Khwajahgan.
Khidhr
‘Alaihissalam telah memberitahu suatu khabar berita yang gembira kepada bapanya
Syeikh Imam ‘Abdul Jalil Rahmatullah ‘alaih sebelum kelahirannya, “Bahwa kamu
akan menerima kelahiran seorang putera lelaki dan hendaklah diberikan nama
‘Abdul Khaliq kepadanya. Daku telah menerimanya sebagai anakku dan daku akan
memberikan kepadanya sebahagian dari Nisbatku.”
Di
dalam kitab Al-Hadaiqul Wardiyah ada menceritakan tentang bagaimana beliau
telah mencapai tahap keruhanian yang tinggi dalam Silsilah Emas. Beliau telah
memperolehi limpahan Faidhz dari Khidhr ‘Alaihissalam setelah bertemu dengannya
dan bersuhbah dengannya.
Beliau
mengambil darinya ‘Ilmu Ketuhanan dan menambahkannya pada ‘Ilmu Keruhanian yang
telah diperolehinya dari Syeikhnya, Syeikh Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘alaih.
Pada
suatu hari, Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih sedang
mempelajari ‘Ilmu Tafsir dari gurunya Syeikh Maulana Sadruddin Rahmatullah
‘alaih. Apabila tiba pada suatu ayat dari Surah Al-A’raf ayat 55 yang
bermaksud, “Serulah Tuhan Pemeliharamu dengan merendahkan diri dan secara
tersembunyi, sesungguhnya Dia tidak mengasihi orang yang melampaui batas.”
Beliau telah bertanya kepada Gurunya Syeikh Maulana Sadruddin Rahmatullah
‘alaih bagi mendapatkan kepastian tentang hakikat mengingati Allah secara
tersembunyi dan bagaimanakah kaedah perlaksanaannya?
Lalu
mengajukan soalan, “Tariqat apakah yang Allah Ta’ala terangkan ini? Jika orang
yang berzikir melakukan Zikir dengan suara yang keras atau menggerakkan tubuh
badan pada Maqam Zikirnya, maka zikirnya itu dapat diketahui oleh orang lain
dan keadaan ini tidak lagi dinamakan sebagai Zikir yang tersembunyi dan jika
dia berzikir menerusi hatinya, maka menurut sebuah Hadits bahwa, “Syaitan
mengalir di dalam urat saraf anak Adam pada tempat mengalirnya darah,” yang
mana Syaitan pula dapat mengetahuinya. Maka wahai Guruku, apakah yang
dimaksudkan dengan menyeruNya secara tersembunyi di dalam hati?”
Gurunya
pun menjawab, “Ini adalah ‘Ilmu Laduni, Ia-nya tersembunyi dan daku berharap
mudah-mudahan Allah Ta’ala menemukan kamu dengan seorang Wali Allah yang dapat
memberikanmu penjelasan di lidah dan di hatimu tentang hakikat Zikir yang
tersembunyi ini.”
Semenjak
dari waktu itu, Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih senantiasa
sibuk mencari-cari Auliya Allah dan menanti-nanti bilakah doanya akan
dikabulkan. Pada suatu ketika pada hari Jumaat, beliau sedang duduk di pintu
gerbang sebuah taman, Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih
terlihat seorang yang Salih datang kepadanya. Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih pun memberikan penghormatan serta memuliakan Buzurg
tersebut.
Kemudian
orang Salih itu berkata kepada Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah
‘alaih, “Wahai orang muda, aku mendapati kesan kesalihan ada di dalam dirimu,
apakah kamu ada berbai’ah pada tangan dimana Syeikh?”
Syeikh
‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun berkata, “Tidak, semenjak
sekian lama daku berusaha mencarinya.” Lalu orang Salih itu pun berkata, “aku
adalah Khidhr dan aku telah menerimamu sebagai seorang dari anakku. Aku akan
memberi kamu suatu pelajaran dan hendaklah dikau tetap mengamalkannya dan
padamu akan terbuka segala rahasia. Daku telah mendapat izinan dari Nabi
Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam untuk mentalqinkan pada lidah
dan pada hatimu akan suatu Zikir yang tersembunyi beserta jumlah bilangannya.”
Kemudian Khidhr ‘Alaihissalam menyuruh Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih turun ke air terjun dan menyelam dalam air serta mengucapkan
dalam hati kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH MUHAMMAD RASUL ALLAH. Syeikh
‘AbdulKhaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun terus mengerjakannya dan tetap
dengan Zikir yang telah ditalqinkan oleh Khidhr ‘Alaihissalam tersebut setiap
hari sehingga terbuka berbagai rahasia tentang Nur, Hikmah, Cinta dan Jazbah
terhadap Zat Yang Maha Suci pada hatinya.
Dengan
mengamalkan Zikir tersebut, banyak orang mulai tertarik kepada Syeikh ‘Abdul
Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih dan telah menuntut untuk menuruti jejak
langkah perjalanan Tariqatnya, maka beliau telah membawa mereka menuruti jejak
langkah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi
Wasallam.
Setelah
berlaku peristiwa itu, suatu ketika Syeikh Yusuf Hamadani Rahmatullah ‘Alaih
telah tiba di Bukhara, maka Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih pun mengambil kesempatan itu untuk pergi berkhidmat padanya
dan telah mengambil Bai’ah darinya. Ketika berada di samping Hadhrat Khwajah
Syeikh rahmatullah ‘alaih, Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah
‘alaih sentiasa hadir untuk bersuhbah dengannya dan telah menghasilkan banyak
faedah limpahan Faidhz dan Barakah darinya. Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
Rahmatullah ‘alaih merupakan orang yang mula-mula dalam Silsilah Tariqat yang
menggunakan Zikir Khafi dan telah dianggap sebagai seorang Mahaguru dalam
perlaksanaan Zikir tersebut.
Khidhr
‘Alaihissalam merupakan Syeikhnya dalam pelajaran Zikir dan Syeikh Yusuf
Hamadani Rahmatullah ‘alaih adalah pula merupakan Syeikhnya dalam Khirqah dan
Khilafat atas perjalanan Tariqat. Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah
‘alaih telah berkata,
“Ketika
daku berusia 22 tahun, Syeikh Yusuf Hamadani telah mengarahkan Khidhr
‘Alaihissalam agar tetap mendidikku dan tetap memerhatikan diriku sehingga saat
kematianku.”
Syeikh
Muhammad Parsa Rahmatullah ‘alaih, seorang sahabat dan penulis riwayat Syeikh
Shah Bahauddin Naqshband Rahmatullah ‘alaih menyatakan dalam kitabnya Faslul
Kitab bahawa kaedah Zikir yang diamalkan oleh Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani
dan pengajarannya tentang delapan prinsip Tariqat telah dianuti dan diamalkan
oleh kesemua 40 jalan Tariqat sebagai jalan menuju kebenaran dan kemuliaan
serta jalan kesedaran dalam menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad
Rasulullah Sallallhu ‘Alaihi Wasallam dengan meninggalkan segala bentuk Bid’ah
dan Mujahadah untuk menundukkan segala nafsu yang bersifat rendah. Beliau
merupakan seorang Mahaguru pada zamannya dan menduduki tingkatan yang tertinggi
dalam bidang keruhanian.
Beliau
telah menampilkan 8 prinsip asas Tariqat ‘Aliyah Taifuriyah Khwajahganiyah yang
seterusnya menjadi asas bagi Tariqat ‘Aliyah Naqshbandiyah
seperti
berikut:
1.
Hosh Dar Dam - kesadaran dalam nafas.
2.
Nazar Bar Qadam - memerhatikan pada langkah.
3.
Safar Dar Watan - melakukan perjalanan dalam diri.
4.
Khalwat Dar Anjuman - menyendiri dalam khalayak manusia.
5.
Yard Kard - melakukan ingatan Zikir.
6.
Baz Gasht - kembali ke Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
7.
Nigah Dasyat - memelihara pandangan Musyahadah bersungguh-sungguh.
8.
Yad Dasyat – melakukan ingatan Zikir dengan bersungguh-sungguh.
Syeikh
‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih mempunyai empat orang Khalifah:
1.
Syeikh Ahmad As-Siddiq Rahmatullah ‘alaih
2.
Kabirul Awliya Syeikh ‘Arif Awliya Al-Kabir Rahmatullah ‘alaih
3.
Syeikh Sulaiman Al-Kirmani Rahmatullah‘alaih
4.
Khwajah ‘Arif Riwaqari Rahmatullah ‘alaih
PERKATAAN
PETUNJUKNYA DAN PETUNJUK
PERKATAANNYA
BELIAU
sentiasa berada dalam hal keadaan Khauf dan ketakutan terhadap Allah Subhanahu
Wa Ta’ala sehingga walau di mana saja beliau duduk, beliau akan duduk
seolah-olah dirinya akan dibunuh. Pada suatu hari ketika berada di tempat
ibadatnya, beliau sibuk dengan menangis. Para sahabatnya bertanya kepada
beliau, “Dengan segala kelebihan yang Allah Ta’ala telah kurniakan kepadamu,
mengapa kamu begitu Khauf ketakutan dan menangis?
Beliau
menjawab,
“Apabila
daku memikirkan tentang Sifat Allah Ta’ala yang tidak bergantung kepada
sesuatu, maka Ruhku hampir-hampir terkeluar dari jisimku dan tangisanku ini
adalah disebabkan mungkin pada diriku ada sesuatu tindakanku yang tidak daku
ketahui dan ianya tidak disenangi di hadapan Hadhrat Allah Subhanahu Wa
Ta’ala.”
Beliau
pernah berkata,
“Ketika
daku berusia dua puluh tahun, Khidhr ‘Alaihissalam telah meminta Syeikh Yusuf
Hamdani Rahmatullah ‘alaih memberikan dorongan kepadaku dan mewasiatkannya agar
memberikan Tarbiyah kepadaku.”
Pada
suatu ketika, seorang Darwish datang kepadanya lalu bertanya apakah arti Taslim?
Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun berkata,
“Taslim
ialah apabila seseorang Mukmin itu dengan diri Nafsnya dan hartanya menerusi
perjanjian Alastu Birabbikum, menjualkannya pada Tangan Allah Ta’ala lalu
membeli Syurga, dan sehingga kini inilah yang maksudkan dengan Taslim bahwa
maksud Firman Allah Ta’ala,
“Sesungguhnya
Allah telah membeli dari orang-orang Mukmin itu akan diri mereka dan harta
mereka dengan menggantikan bagi mereka Syurga. Diri dan harta hendaklah Taslim
dengan menganggap bahawa diri dan hartanya adalah milik Allah dan memahami
bahawa dirimu adalah amanah Haq Allah Ta’ala, sehingga ia akan sepakat apabila
yang kamu mampu, dengan diri dan hartamu itu buatlah kerja kebaikan terhadap
hamba-hamba Allah Ta’ala dan jangan mengharapkan pamrih dari sesiapa pun. Harta
dan kebendaan Duniawi hendaklah dikeluarkan dari hati dan dirimu hendaklah
tetap memelihara Hukum Allah.”
Pada
suatu ketika, seorang Khadim datang kepadanya lalu bertanya apakah arti
Faraghat? Syeikh ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih pun berkata,
“arti
Faraghat pada hati ialah seseorang itu tidak menemui sebarang jalan untuk
mencintai Dunia bukan bermakna dia bebas dari sebarang urusan Dunia. Baginda
Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyatakan menerusi
Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala, “Fa Iza Faraghta Fansab” pada Surah Alam
Nasyrah ayat 7 yang mafhumnya, “Maka apabila kamu telah selesai dari sesuatu
urusan, kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain,” yaitu bermaksud bahwa
kosongkanlah hatimu kemudian sibukkanlah diri dengan mengingati Kami.
Sesungguhnya
bagi Para Ahlullah, dalam urusan jual beli mereka dan perbualan/perbincangan
hubungan mereka sesama makhluk tidak menjadikan ingatan Zikir terhadap Allah
Ta’ala itu sebagai suatu kesukaran. Kerana itulah Allah Ta’ala memuji
jamaah golongan tersebut dan inilah yang dimaksudkan sebagai para lelaki yang
sebenar menerusi FirmanNya,
“Para
lelaki yang tidak dilalaikan pada mereka perniagaan dan tidak pula jual beli
dari mengingati Allah Ta’ala.”
Seterusnya
beliau berkata, “Jika kamu berada dalam golongan tersebut, maka semoga kamu
memperolehi Keberkatan. Jika kamu tidak, tidak berupaya menjadi seperti
golongan tersebut, maka hendaklah kamu berkhidmat kepada golongan tersebut dengan
diri dan harta kamu, dan menenteramkan hati mereka dan menyediakan asbab
Faraghat untuk mereka supaya mereka dapat menyibukkan diri mereka mengingati
Allah dengan hati yang tenang dan bagi kamu juga akan dapat memperolehi
bahagian dari amalan kebaikan mereka karena kekuatan yang diperolehi menerusi
suapan makanan yang mana mereka dapat melaksanakan amal ketaatan dan ‘Ibadah,
pahalanya akan diberikan juga kepada orang yang memberinya makanan dan minuman,
dan derajat, maqamat serta kesempurnaan mereka juga akan dituliskan pula sama
kepada orang yang memberikan makanan dan minuman kepadanya, dan barangsiapa
yang mengasihi mereka dan senantiasa membantu keperluan mereka, menurut firman
Nabawi Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam,
“Al-Mar-u Ma’a Man Ahabba,” yang bermaksud bahwa pada Hari Qiyamat,
Insan/manusia akan ditempatkan bersama mereka yang dicintainya sewaktu di
Dunia. Dari kalangan mereka itu terdapat sebagian yang meletakkan pengkhususan
dalam Ma’iyat mencintai Allah Subhanahu Wa Ta’ala, maka pada waktu itu
mereka akan dikurniakan dengan Tasarruf Ketuhanan.
“Jazbatun
Min Jazbatillah Tawari ‘Amalats Tsaqilain,” yang bermaksud bahawa satu Jazbah
dari Jazbah yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala adalah melebihi amalan sekalian
Jin dan Manusia. Maka inilah merupakan hal keadaan mereka, bahwa barangsiapa
yang berkhidmat
kepada
mereka dengan sebahagian diri dan hartanya, juga akan bernasib baik menerima
kebaikan-kebaikan mereka dan ini akan menjadi suatu nikmat yang besar kepadanya
yang mana jika berkumpul seluruh manusia dari Timur dan Barat masih tidak akan
dapat memikirkan keadaan orang yang memberikan khidmat tersebut, seumpama
berada di atas titian yang tidak diketahui dari mana puncaknya dan ke mana
penghujungnya. Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengisyarahkan perkara ini menerusi
FirmanNya yang bermaksud,
“Dan
apa-apa yang telah Allah Ta’ala kurniakan kepadamu hendaklah kamu
menggunakannya untuk membina Negeri Akhirat dan janganlah melupakan bahagian
kamu di dunia, dan berbuatlah kebaikan dengan makhluk Allah sepertimana Allah
telah berbuat kebaikan kepada kamu.”
Melakukan
sesuatu khidmat kepada Ahli Allah adalah berarti melakukan sesuatu untuk
mencapai keridhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.”
Beliau
memerintahkan untuk menggali banyak lubang untuk para pengikutnya yang
jumlahnya banyak, termasuk istri dan anak perempuannya, dan beliau
memerintahkan untuk menyirami daerah itu dengan air. Lalu beliau berkata, Aku
memberi otoritas kepada Syaikh Isma`il ash-Shirwani untuk menggantikan Aku di
Tariqat Naqshbandi. Beliau mengucapkan hal ini pada tahun terakhirnya, 1242
H/1827 M.
Suatu
hari beliau berkata, Aku mendapat sebuah visi yang luar biasa kemarin, Aku
melihat Sayyidina `Utsman Dhun-Nurayn seolah-olah dia telah meninggal dan Aku
melakukan shalat untuknya. Dia lalu membuka matanya dan berkata, Ini dari
anak-anakku. Dia menarikku dengan tangannya, membawaku kepada Rasulullah , dan
mengatakan kepadaku untuk membawa seluruh pengikut Naqshbandi di masa sekarang
dan yang akan datang sampai masa Imam Mahdi as, lalu dia memberi berkah untuk
mereka semua. Setelah keluar dari visi itu, Aku melakukan shalat Maghrib dengan
para pengikut dan anak-anakku.
Apa
pun rahasia yang kumiliki, telah kuberikan kepada deputiku Isma`il ash-Shirwani
. Siapa saja yang tidak menerimanya berarti bukan golonganku. Jangan berargumen
tetapi satukanlah pikiranmu dan ikuti pendapat Syaikh Isma`il . Aku menjamin
siapa pun yang mengikutinya akan bersamaku dan bersama Rasulullah ."
Beliau
memerintahkan mereka untuk tidak menangisinya, dan meminta mereka untuk
mengorbankan hewan dan memberi makan orang miskin demi kecintaan Allah dan
kemuliaan Syaikh. Beliau juga meminta mereka untuk mengirimkan hadiah berupa
pembacaan Al-Qur an dan bacaan dalam shalat. Beliau memerintahkan mereka untuk
tidak menuliskan apapun di makamnya kecuali, Ini adalah makam orang asing,
Khalid.
Setelah
shalat Isya Syaikh Khalid memasuki rumahnya, memanggil seluruh anggota
keluarganya dan berkata kepada mereka, Aku akan meninggal dunia pada hari
Jumat. Mereka tinggal bersamanya sepanjang malam. Sebelum Subuh beliau bangun,
berwudhu dan melakukan shalat. Lalu beliau memasuki kamarnya dan berkata, Tidak
ada yang boleh memasuki kamarku kecuali orang yang telah kuperintahkan. Beliau
berbaring di sisi kanannya, menghadap kiblat dan berkata, Aku telah terkena
wabah penyakit. Aku membawa semua wabah yang menyerang Damaskus. Beliau
mengangkat tangannya dan berdo a, Siapa pun yang terkena wabah itu, biarkan
wabah itu mengenaiku dan bebaskan orang-orang di Syam.
Kamis
tiba dan seluruh kalifahnya memasuki kamarnya. Sayyidina Isma`il ash-Shirwani
bertanya kepadanya, "Bagaimana keadaanmu?" Beliau berkata,
"Allah telah menjawab doaku. Aku akan membawa semua wabah yang melanda
orang-orang di Syam dan Aku sendiri akan meninggal dunia pada hari Jumat.
Mereka menawarkan air, namun beliau menolak dan berkata, Aku meninggalkan dunia
ini untuk bertemu Allah. Aku telah bersedia menanggung wabah dan membebaskan
orang-orang di Syam yang telah terkena wabah itu. Aku akan meninggal dunia pada
hari Jumat.
Beliau
membuka matanya dan berkata, "Allahu haqq, Allahu haqq, Allahu haqq,"
yang merupakan sumpah dalam bay at tariqat Naqshbandi, lalu beliau membaca ayat
27-30 dari al-Qur an surat al-Fajr: "Wahai jiwa yang tenang dan
tentram. Kembalilah kepada Tuhanmu-merasa senang dan disenangi. Masuklah dalam
hamba-hamba-Ku! Masuklah ke dalam Surga-Ku!" Kemudian beliau
menyerahkan nyawanya kepada Allah dan meninggal dunia, seperti yang telah
diprediksi sebelumnya, pada hari Jumat 13 Dzul Qaidah 1242 H/1827 M. Mereka
membawanya ke sekolah dan membasuhnya dengan air penuh cahaya. Mereka
mengkafaninya sementara yang lain berdzikir, khususnya Syaikh Isma`il
ash-Shirwani , Syaikh Muhammad , dan Syaikh Aman . Mereka membaca al-Qur an dan
pagi harinya mereka membawa jenazahnya ke masjid di Yulbagha.
Syaikh
Isma`il ash-Shirwani meminta Syaikh Aman `Abdin untuk melakukan shalat jenzah
baginya. Masjid itu tidak cukup untuk menampung seluruh orang yang hadir. Lebih
dari 30.000 orang shalat di belakangnya. Syaikh Isma`il berjanji kepada mereka
yang tidak dapat melakukan shalat jenazah di masjid itu, bahwa dia akan
melakukan shalat jenazah yang kedua kalinya di makam. Mereka yang memandikannya
ikut pula mengantarkan ke makamnya. Hari berikutnya, Sabtu, seakan-akan terjadi
keajaiban di Syam, wabah penyakit tiba-tiba menghilang dan tidak ada lagi orang
yang meninggal dunia. Mawlana Khalid menyerahkan Rahasianya kepada penerusnya,
Syaikh Isma il ash-Shirwani .
dari berbagai sumber~
Posting Komentar
Posting Komentar