Ibrahim bin Adham adalah Raja Balkh dan memiliki daerah
kekuasannya yang sangat luas. Ke mana pun ia pergi, empat puluh buah pedang
emas dan empat puluh buat tongkat kebesaran emas diusing di depan dan di
belakangnya. Pada suatu malam ketika ia tertidur di bilik istananya, atas bilik
itu berderak-derik seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap.
Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”
“Sahabatmu.
Untaku hilang dan aku sedang mencarinya di atas atap ini,” terdengar sebuah
sahutan.
“Bodoh,
engkau handak mencari unta di atas atap?” seru Ibrahim.
Kisah Ibrahim bin Adham |
“Wahai
manusia yang lalai,” suara itu menjawab. “Apakah engkau hendak mencari Allah
dengan berpakaian sutera dan tidur di atas katil emas?” suara itu menjawab.
Kata-kata
itu sangat mengecutkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat
meneruskan tidurnya. Ketika hari telah siang, Ibrahim pergi ke ruang tamu dan
duduk di atas singgahsananya sambil berfikir-fikir, risau dan merasa amat
bimbang. Para menteri berdiri di tempat masing-masing dan hamba-hamba telah
berbaris sesuai dengan tingkatan mereka. Kemudian dimulakan pertemuan terbuka.
Tiba-tiba
seorang lelaki berwajah menakutkan masuk ke dalam ruang tamu itu. Wajahnya
begitu menyeramkan sehingga tidak seorang pun di antara anggota-anggota mahupun
hamba-hamba istana yang berani menanyakan namanya. Semua lidah menjadi kelu.
Dengan tenang lelaki tersebut melangkah ke depan singgahsana.
“Apakah
yang engkau inginkan?” tanya Ibrahim.
“Ini
bukan tempat persinggahan para kafilah. Ini adalah istanaku. Engkau sudah
gila!” Ibrahim mengherdiknya.
“Siapakah
pemilik istana ini sebelum engkau?” tanya lelaki itu.
“Ayahku!”
jawab Ibrahim.
“Dan
sebelum ayahmu?”
“Datukku!”
“Dan
sebelum datukmu?”
“Ayah
dari datukku!”
“Dan
sebelum dia?”
“Datuk
dari datukku!”
“Ke
manakah mereka sekarang ini?” tanya lelaki itu.
“Mereka
telah tiada. Mereka telah mati,” jawab Ibrahim.
“Jika
demikian, bukankah ini tempat persinggahan yang dimasuki oleh seseorang dan
ditinggalkan oleh yang lainnya?”
Setelah
berkata demikian lelaki itu hilang. Sesungguhnya ia adalah Nabi Khidir as.
Kegelisahan dan kerisauan hati Ibrahim semakin menjadi-jadi. Ia dihantui oleh
bayang-bayangnya sendiri dan terdengar suara-suara di malam hari; kedua-duanya
sama merisaukan. Akhirnya kerana tidak tahan lagi, pada suatu hari Ibrahim
berkata: “Siapkan kudaku! Aku hendak pergi berburu. Aku tidak tahu apakah yang
telah terjadi terhadap diriku sejak kebelakangan ini. Ya Allah, bilakah semua
ini akan berakhir?”
Setelah
kudanya disiapkan lalu ia berangkat pergi memburu. Kuda itu dipacunya melalui
padang pasir, seolah-olah ia tidak sedar akan segala perbuatannya. Dalam
kerisauan itu ia terpisah dari rombongannya. Tiba-tiba terdengar olehnya sebuah
seruan: “Bangunlah!”
Ibrahim
pura-pura tidak mendengar seruan itu. Ia terus memacu kudanya. Untuk kali
keduanya suara itu berseru kepadanya, namun Ibrahim tetap tidak
mempedulikannya. Ketika suara itu berseru untuk kali ketiganya, Ibrahim semakin
memacu kudanya. Akhirnya untuk kali keempat, suara itu berseru: “Bangunlah
sebelum engkau kupukul!”
Ibrahim
tidak dapat mengendalikan dirinya. Di saat itu terlihat olehnya seekor rusa.
Ibrahim hendak memburu rusa itu tetapi tiba-tiba binatang itu berkata
kepadanya: “Aku disuruh untuk memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Untuk
inikah engkau diciptakan atau inikah yang diperintahkan kepadamu?”
“Tuhan,
apakah yang menghalang diriku ini?” seru Ibrahim. Ia memalingkan wajahnya dari
rusa tersebut. Tetapi dari tali pelana kudanya terdengar suara yang menyerukan
kata-kata yang serupa, Ibrahim kebingungan dan ketakutan. Seruan itu semakin
jelas kerana Allah Yang Maha Berkuasa mahu menunaikan janji-Nya. Kemudian suara
yang serupa berseru lagi dari bajunya. Akhirnya sempurnalah seruan Allah itu
dan pintu syurga terbuka bagi Ibrahim. Keyakinan yang teguh telah tertanam di
dalam dadanya. Ibrahim turun dari tunggangannya. Seluruh pakaian dan tubuh
kudanya basah oleh cucuran air matanya. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat
kepada Allah.
Ketika
Ibrahim menyimpang dari jalan raya, ia melihat seorang gembala yang memakai
pakaian dan topi dibuat dari bulu kambing biri-biri. Pengembala itu sedang
menggembalakan sekumpulan binatang. Setelah diamatinya ternyata si pengembala
itu adalah hambanya yang sedang menggembalakan biri-biri kepunyaannya. Kepada
pengembala itu Ibrahim menyerahkan pakaian yang bersulam emas, topinya yang
bertatahkan batu permata dan biri-biri tersebut, sedang dari pengembala itu
Ibrahim meminta pakaian dan topi dari bulu biri-biri yang sedang dipakainya.
Ibrahim lalu memakai pakaian dan topi bulu milik pengembala itu dan semua
malaikat menyaksikan perbuatannya itu dengan penuh kekaguman.
“Betapa
megah kerajaan yang diterima putera Adam ini,” malaikat-malaikat itu berkata.
“Ia telah mencampakkan pakaian keduniaan yang kotor lalu menggantikannya dengan
jubah kepapaan yang megah.”
Dengan
berjalan kaki, Ibrahim bermusafir melalui gunung-ganang dan padang pasir yang
luas sambil menyesali segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya ia
sampai di Merv. Di sini Ibrahim melihat seorang lelaki terjatuh dari sebuah
jambatan. Pasti ia akan mati dihanyutkan oleh air sungai.
“Dari
jauh Ibrahim berseru: “Ya Allah, selamatkanlah dia!”
Seketika
itu juga tubuh lelaki itu berhenti di awang-awangan sehingga orang lain tiba
dan menariknya ke atas. Dan dengan merasa hairan mereka memandang Ibrahim:
“Manusia apakah itu?” seru mereka.
Ibrahim
meninggalkan tempat itu dan terus berjalan sampai ke Nishapur. Di kota Nishapur
Ibrahim mencari sebuah tempat terpencil di mana ia dapat tekun mengabdikan diri
kepada Allah. Akhirnya bertemulah ia dengan sebuah gua yang akan menjadi
amat terkenal. Di dalam gua itulah Ibrahim menyendiri selama sembilan tahun,
tiga tahun pada setiap ruang yang terdapat di dalamnya. Tidak seorang pun yang
tahu apakah yang telah dilakukannya baik siang mahupun malam di dalam gua itu,
kerana hanya seorang manusia yang luar biasa gagahnya yang sanggup bersendirian
di dalam gua itu pada malam hari.
Setiap
hari Khamis, Ibrahim memanjat keluar dari gua tersebut untuk mencari kayu api.
Keesokan paginya ia pergi ke Nishapur untuk menjual kayu-kayu itu. Setelah
melakukan solat Jumaat ia pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya.
Roti itu separuhnya diberikan kepada pengemis dan separuhnya lagi untuk membuka
puasanya. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.
Pada
suatu malam di musim salji, Ibrahim sedang berada di tempat beribadah. Malam
itu udara sangat dingin dan untuk bersuci Ibrahim harus memecahkan ais.
Sepanjang malam badannya menggigil namun ia tetap mengerjakan solat dan berdoa
hingga fajar menyinsing. Ia hampir mati kediginan. Tiba-tiba ia teringat pada
api. Di atas tanah dilihatnya ada sebuah kain bulu. Dengan kain bulu itu
sebagai selimut ia pun tertidur. Setelah hari terang benderang barulah ia
terjaga dan badannya terasa hangat. Tetapi ia segera sedar bahawa yang
disangkanya sebagai kain bulu itu adalah seekor naga dengan biji mata
berwarna merah darah. Ibrahim berdoa: “Ya Allah, Engkau telah mengirimkan
mahkluk ini dalam bentuk yang halus, tetapi sekarang terlihatlah bentuk
sebenarnya yang sangat mengerikan. Aku tidak kuat menyaksikannya.”
Naga
itu segera bergerak dan meninggalkan tempat itu setelah dua atau tiga kali
bersujud di depan Ibrahim.
Ibrahim bin Adham pergi ke Makkah
Ketika
kemasyhuran kealimannya tersebar luas, Ibrahim meninggalkan gua tersebut dan
pergi ke Makkah. Di tengah perjalanan, Ibrahim berjumpa dengan tokoh besar
agama yang mengajarkan kepadanya Nama Yang Teragung dari Allah dan setelah itu
pergi meninggalkannya. Dengan Nama Yang Teragung itu Ibrahim menyeru Allah dan
sesaat kemudiaan nampaklah olehnya Nabi Khidir as.
“Ibrahim,”
kata Nabi Khidir kepadanya. “Saudaraku Daud yang mengajarkan kepadamu
Nama Yang Teragung itu.”
Kemudian
mereka berbincang-bincang mengenai berbagai masalah. Dengan izin Allah swt Nabi
Khidir adalah manusia pertama yang telah menyelamatkan Ibrahim.
Mengenai
kisah selanjutnya, perjalanannya menuju ke Makkah Ibrahim menceritakan seperti
berikut ini: “Setibanya di Zatul Iraq, kudapati seramai tujuh puluh orang yang
berjubah kain perca bergelimpangan mati dan darah mengalir dari hidung dan
telinga mereka. Aku berjalan di sekitar mayat-mayat tersebut, ternyata salah
seorang di antaranya masih hidup.”
“Anak
muda, apakah yang telah terjadi?” Aku bertanya kepadanya.
“Wahai
anak adam,” jawabnya padaku. “Duduklah berhampiran air dan tempat solat,
janganlah menjauhinya agar engkau tidak dihukum, tetapi jangan pula terlalu
dekat agar engkau tidak celaka. Tidak seorang manusia pun bersikap terlampau
berani di depan sultan. Takutilah Sahabat yang memukul dan memerangi para
penziarah ke tanah suci seakan-akan mereka itu orang-orang kafir Yunani. Kami
ini adalah rombongan sufi yang menembus padang pasir dengan berharap Allah dan
berjanji tidak akan mengucapkan sepatah katapun di dalam perjalanan, tidak akan
memikirkan apa pun kecuali Allah, sentiasa membayangkan Allah ketika berjalan
mahupun istirehat, dan tidak peduli kepada segala sesuatu kecuali kepada-Nya.”
Setelah
kami mengharungi padang pasir dan sampai ke tempat di mana para penziarah harus
mengenakan jubah putih, Khidir as datang menghampiri kami. Kami mengucapkan
salam kepadanya dan Khidir membalas salam kami. Kami sangat gembira dan
berkata: “Alhamdulillah, sesungguhnya perjalanan kita telah diredhai Allah, dan
yang mencari telah mendapatkan yang dicari, kerana bukankah orang soleh sendiri
telah datang untuk menyambut kita.” Tetapi saat itu juga berserulah sebuah
suara dalam diri kami: “Kamu pendusta dan berpura-pura! Begitulah kata-kata dan
janji kamu dahulu? Kamu lupa kepada-Ku dan memuliakan yang lain. Binasalah
kamu! Aku tidak akan membuat perdamaian dengan kamu sebelum nyawa kamu Kucabut
sebagai pembalasan dan sebelum darah kamu Kutumpahkan dengan pedang kemurkaan!
Manusia-manusia yang engkau saksikan bergelimpangan di sini, semuanya adalah
korban dari pembalasan itu. Wahai Ibrahim, berhati-hatilah engkau! Engkau pun
mempunyai cita-cita yang sama. Berhati-hatilah atau pergilah jauh-jauh dari
situ.?
Aku
sangat takut mendengar kisah itu. Aku bertanya kepadanya: “Tetapi mengapakah
engkau tidak turut dibinasakan?”
Kepadaku
dikatakan: “Sahabat-sahabatmu telah matang sedang engkau masih mentah. Biarlah
engkau hidup sesaat lagi dan akan menjadi matang. Setelah matang engkau pun
akan menyusul mereka.”
Setelah
berkata demikian ia pun
menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Ibrahim tiba di Makkah
Empat
belas tahun lamanya Ibrahim mengharungi padang pasir dan selama itu pula ia
selalu berdoa dan merendahkan diri kepada Allah. Ketika hampir sampai ke kota
Makkah, para sesepuh kota hendak menyambutnya.Ibrahim mendahului rombongannya
agar tidak seorang pun dapat menyenali dirinya. Hamba-hamba yang mendahului
para sesepuh tanah suci itu melihat Ibrahim, tetapi kerana belum pernah bertemu
dengannya, mereka tidak mengenalinya. Setelah Ibrahim begitu dekat, para
sesepuh itu berseru:” Ibrahim bin Adham hampir sampai. Para sesepuh tanah suci
telah datang menyambutnya.”
“Apakah
kamu inginkan dari si bidaah itu?” tanya Ibrahim kepada mereka. Mereka langsung
menangkap Ibrahim dan memukulnya.
“Para
sesepuh tanah suci sendiri datang menyambut Ibrahim tetapi engkau menyebutnya
bidaah?” herdik mereka.
“Ya,
aku katakan bahawa dia adalah seorang bidaah,” Ibrahim mengulangi ucapannya.
Ketika
mereka meninggalkan dirinya, Ibrahim berkata pada dirinya sendiri: “Engkau
pernah menginginkan agar para sesepuh itu datang menyambut kedatanganmu,
bukankah telah engkau perolehi beberapa pukulan mereka? Alhamdulillah, telah
kusaksikan betapa engkau telah memperoleh apa yang engkau inginkan!”
Ibrahim
menetap di kota Makkah. Ia selalu ditemani beberapa orang sahabat dan ia
memperolehi nafkah sebagai tukang kayu.
facebook.com/groups/pemudatqnsuryalaya/doc/223671634385278/
Posting Komentar
Posting Komentar