DOK.203 (Status
IBNU QOLAM)
Dalil yang
diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Ibnu Abi Syaibah dg sanad yg shohih:
"SESUNGGUHNYA MANUSIA MENGHADAPI KEMARAU PADA ZAMAN PEMERINTAHAN SAYYIDINA
'UMAR R.A., LALU SAYYIDINA BILAL BIN AL-HAARITS R.A. MENDATANGI (MENZIARAHI)
MAKAM JUNJUNGAN NABI S.A.W. SERAYA BERKATA: "YA RASULALLAH, MOHONLAH HUJAN
BAGI UMATMU KERANA MEREKA MENUJU KEBINASAAN (YAKNI AKIBAT KEMARAU
TERSEBUT)." SETELAH ITU, SAYYIDINA BILAL BIN AL-HAARITS TELAH BERMIMPI
DIDATANGI JUNJUNGAN NABI S.A.W. DAN BAGINDA BERSABDA KEPADANYA: "PERGILAH
KEPADA 'UMAR BIN AL-KHATHTHAB, SAMPAIKAN SALAMKU DAN MAKLUMKANLAH BAHAWA MEREKA
AKAN MENDAPAT HUJAN." SAYYIDINA BILAL BIN AL-HARITS PUN PERGI BERJUMPA
DENGAN SAYYIDINA 'UMAR DAN MENYAMPAIKAN SALAM DAN PESANAN JUNJUNGAN NABI S.A.W.
TERSEBUT, LALU MENANGISLAH SAYYIDINA 'UMAR R.A. DAN MEREKA PUN MENDAPAT
HUJAN."
Pada perbuatan
Sayyidina Bilal tersebut yg merupakan seorang sahabat dan pada sikap Sayyidina
'Umar serta lain-lain sahabat yg tidak mengingkari perbuatan tsb (yakni jikalau
perbuatan Sayyidina Bilal untuk beristighatsah kpd Junjungan Nabi s.a.w. ITU
SATU KESALAHAN, MAKA PASTI Sayyidina 'Umar dan para sahabat yang lain akan
MENGINGKARINYA). Dan dalil lain yang dikeluarkan oleh ad-Darimi adalah: "
PENDUDUK KOTA MADINAH TELAH MENGHADAPI KEMARAU TERUK, LALU MEREKA MENGADU
KEPADA SAYYIDATINA 'AISYAH R.'ANHA. UMMUL MU'MININ SAYYIDATINA 'AISYAH BERKATA
KEPADA MEREKA: (PERGILAH) LIHAT KUBUR NABI S.A.W. DAN BUATKANLAH SATU LUBANG
ATASNYA YANG TEMBUS KE LANGIT SEHINGGA TIDAK ADA ATAP (NAUNGAN) DI ANTARA KUBUR
TERSEBUT DENGAN LANGIT. MAKA MEREKA PUN MELAKUKANNYA, LALU TURUNLAH HUJAN LEBAT
SEHINGGA TUMBUH - TUMBUHAN HIDUP DENGAN SUBUR DAN UNTA-UNTA MENJADI GEMUK
SEHINGGA KULITNYA SEAKAN-AKAN PECAH KERANA LEMAK, MAKA DINAMAKAN TAHUN TERSEBUT
"AAMUL FATQAH" (tahun pecah-pecah (yakni melambangkan kesuburan
kerana kulit unta-unta tersebut seolah-olah pecah-pecah kerana terlalu
gemuk)."
KESIMPULAN:
Bahawsanya bertawassul itu adalah harus (jaiz / mubah) , sama ada dengan
amal-amal sholih ataupun dengan pelaku-pelaku amal sholih tersebut yaitu para
sholihin, sama ada dengan mereka-mereka yang masih hidu p ataupun yang sudah
wafat meninggal dunia. Bahkan perbuatan bertawassul ini telah berlaku atas
setiap keadaan hatta sebelum penciptaan Junjungan Nabi s.a.w. (yakni sebagaimana
terjadinya tawassul Nabi Adam a.s. dengan Junjungan Nabi s.a.w. sebelum Baginda
Nabi s.a.w. dilahirkan).
dokumen pemuda
tqn suryalaya news
Posting Komentar
Posting Komentar