-Karomah Abah Anom
-Sumber dari: Ustad Mohamad Ghouse Blog
(Ikhwan Singapura)
(Ikhwan Singapura)
Kira-kira
pada awal tahun 2000, Masjid Khadijah di Singapura di datangi Ikhwan dari
Jakarta dan beliau di beri peluang untuk menceritakan asal usulnya dan
bagaimana akhirnya jadi ikhwan atau murid Abah. Nama dan identitas penting
beliau tidak dapat kami umumkan disini. Beliau berkata,lebih kurang maknanya
:
Saya
berasal dari keluarga India yang kuat mengamalkan agama Hindu di Jakarta. Saya
mempunyai nasib yang baik sebab tiap kali para sama ber 'istikharah' untuk
memilih dan melantik tukang buat patung ( tuhan ) , nama saya yang selalu
keluar. Sehingga banyak kuil-kuil di Jakarta , saya yang buat. Saya lah
orangnya yang tahu bagaimana untuk mencorak tubuh patung sembahan itu ,
bagaimana jarinya, yang tergengam , yang terbuka, giginya yang mana satu di
taring kan dan yang mana satu di ratakan.........semuanya ada makna yang dalam
, mengikut kepercayaan orang Hindu.
Agama
tidak pernah menjadi keraguan dalam hidup saya sehingga detik dan waktu bila
ayahanda kami meninggal dunia, saya lah anak yang sulong yang harus mula
meletakkan api untuk membakar jasad ayahanda kami. Selepas upacara pembakaran,
saya mula meragui agama Hindu, jiwa saya mula tertanya-tanya sehingga
kebingungan, bingung yang amat sangat. Pada ketika itu saya memohon dengan
Tuhan Semesta Alam untuk menunjukkan jalan keluar bagi pertanyaan-pertanyaan
yang tidak dapat dijawab. Dalam agama Hindu, Tuhan Semesta Alam itu adalah
tuhan yang paling Agung dan dialah yang menjaga semua ratusan tuhan. Tuhan
Semesta Alam ini , mengikut agama Islam ialah Allah SWT.
Selepas
bermohon kepada Tuhan Semesta Alam, jiwa saya rasa tenang sedikit tetapi
pertanyaan-pertanyaan dari jiwa masih belum terjawab. Akhirnya saya tinggalkan
agama Hindu kerana merancang untuk mengkaji agama lain. Saya berniat untuk kaji
agama Buddha & Kristian , tetapi tidak terlintas untuk mengkaji agama Islam
sebab perbuatan orang Islam sudah cukup membuktikan kesesatan mereka. Jauh
sekali agama Islam dalam senarai kajian saya.
Saya
masuk ke agama Buddha agar lebih jelas memahami ajarannya sekian lamanya, namun
pertanyaan dari jiwa saya masih belum terjawab. Kemudian saya masuk agama
Kristian, sekian lamanya tetapi kegelisahan dalam jiwa masih ada. Saya mula
bingung semula selepas kedua-dua agama ini tidak memberikan kepuasan dalam
hidup saya. Saya mohon kepada Yesus agar berikan pertolongan terhadap masalah
yang merosakkan hidup saya ini.
Pada
satu malam yang indah saya bermimpi Nabi Isa a.s datang dalam mimpi saya.
Baginda seolah-olah memahami apa yang menimpa saya, baginda menghampiri saya
dan langsung memegang dada saya dan membacakan sesuatu yang saya tidak dapat
memahaminya. Ketika itu saya terasa tenang dan bahagia sehingga air mata
menintis...seolah-olah baginda memasukkan cahaya itu ke dalam dada saya. Belum
sempat saya ucapkan terimakasih kepada baginda, baginda telah pergi tanpa menyebut
satu perkataan atau satu pesanan pun kepada saya.
Apabila
saya bangun, saya menangis kerana ketenangan yang sangat dekat itu terasa jauh,
pasti akan hilang, dan pasti bingung akan datang lagi. Saya bertekad untuk
melihat kepada kefahaman orang Islam mengenai Nabi Isa ini, disinilah saya mula
memandang agama Islam. Selepas beberapa kajian dan beberapa tahun saya masuk
agama Islam. Saya merasakan ada sesuatu dalam agama ini yang boleh menjawab
atau menenangkan jiwa , tapi masih tidak ketemu sekian lamanya, sehingga teman
saya yang bantu memasukkan saya ke agama Islam ini berpesan kepada saya
bahawa..' jangan masuk ke masjid lain untuk solat, hanya masjid ini sahaja
Islam...' Nah , disini saya tersentak dan mula bertanya kepada orang lain...
kenapa ada perbedaan antara masjid ini dan masjid lain...baru saya tahu yang
saya sudah termasuk ke agama Qadyani ( Ahmadiyyah ), akhirnya saya tinggalkan
kepercayaan yang dipulaukan oleh seluruh umat Islam Indonesia dan langsung
mencampuri mainstreamnya.
Pada
hari dan langkah pertama saya untuk masuk ke masjid mainstream, saya di
takdirkan Allah masuk ke masjid yang sedang berzikir dengan suara yang keras
tetapi sistematik, nadah mereka serentak dan sepadu. Ketika mendengar zikir itu
hati saya bergelojak hidup semula , timbul ketenangan yang kuat, ketenangan
yang sama saya pernah lalui dalam mimpi satu ketika dahulu dengan Nabi Isa. as.
Sejurus selepas zikrullah, saya langsung bertemu dengan pimpinan zikir itu dan
dia anjurkan saya bertemu dengan guru mereka.
Apabila
saya bertemu guru mereka, itulah detik yang sangat manis dalam hidup saya ,
seolah beliau itu bapa saya, begitu mesra dan penuh dengan kecintaan. Itulah
dia Abah Anom, saya ambil baiat dengan beliau dan saya mohon agar Abah
mendoakan keluarga saya yang sangat kuat berpegang dengan ajaran Hindu. Selepas
beberapa tahun, terbukti doa Abah sangat mustajab, hampir semua adik beradik
saya (yang keras berpegang dengan ajaran Hindu ) sudah muslim melainkan ibu
saya yang masih belum pada hari ini . Saya bersyukur kepada Allah kerana telah
menjawab permohonan saya sehingga bertemu dengan agama yang betul di tangan
seorang yang sangat betul dalam hal kerohaniannya. Profesi saya sekarang bisnes
dengan permaidani dengan buatan tangan sehingga berkat doa Abah , saya mempunyai
kilang untuk menguruskan perdagangan ini, dan bisa mengirim ke Masjid Khadijah
ini.
Saya
makin diperlihatkan karomah Abah setiap hari dan ramai jugak masuk Islam di
tangan beliau. Sebelum saya ke sini, Abah berseloroh dengan saya,
katanya,...kamu ini dulu membuat sembahan orang ( patung ), sekarang ini juga
masih membuat bahagian dari sembahan orang ( sejadah ).....!
Selepas
mengamalkan zikrullah hati saya makin tenang syukur dan saya ingin berpesan
kepada para ikhwan Singapur, walaupun berjauhan dengan Abah, tapi dengan rajin
beramal, pasti tercapai ketenangan yang sama.....saya dapat melihat sekarang
ini bahawa agama selain Islam bukanlah sesat tetapi tidak complete, apabila
orang Hindu jumpa saya dan mereka marah-marah kepada saya sebab meninggalkan
agama mereka, saya katakan kepada mereka...... saya tidak tinggalkan agama
Hindu tetapi saya upgrade kan agama saya dengan mengikuti agama Islam. Ini yang
di ajarkan Abah kepada saya.- Sekian ringkas taklimat beliau.
Gambar
sisipan adalah gambar permaidani di Masjid Khadijah yang ditempah buatan tangan
dari Jakarta dari hasil usahanya.
Semoga
Allah swt membukakan pintu hati mereka-mereka yang mencari kebenaran dan jalan
kerohaniannya.
Posting Komentar
Posting Komentar