Kunjungan ke Wali Agung Di Timur Jauh (Kunjungan ke Pondok Pesantren Suryalaya,Indonesia menemui Syaikh Maulana Ahmad Shohibul Wafa Tajul Arifin qs. 05 Mei th.2001)
Syaikh pernah bertanya dalam diri Beliau: siapakah manusia yang paling ikhlas di dunia saat ini? Allah SWT menjawab pertanyaan beliau dalam mimpinya, manusia yang paling ikhlas saat ini adalah seorang hambaKU yang berada di Timur Jauh (Asia Tenggara) yang bernama Shohibul Wafa.
Sejak saat itu nama dalam mimpi beliau itu tidak dapat beliau lupakan, ada perasaan rindu untuk bertemu dengan seseorang yang bernama Shohibul Wafa, getarannya sangatlah kuat.
Tahun 2001 setelah berkesempatan untuk mengunjungi Jakarta terasa getaran itu semakin kuat untuk bertemu dengan sosok kekasih Allah yang bernama Shohibul Wafa. Bukankah dalam mimpi beliau Shohibul Wafa sudah disebut Allah sebagai hambaKU. Tidak banyak manusia diakui oleh Allah sebenar-benar hambaNya. Beliau dan rombongan akhirnya dari Jakarta menuju Bandung untuk selanjutnya menuju Pesantren Suryalaya mengunjungi dan bersilaturahmi dengan saudara beliau yang bernama Shohibul Wafa.
Berikut ini Pidato Syaikh Nazim Adil
al-Haqqani,Mursyid Thoriqah Naqsyabandi Haqqani di Pondok Pesantren Suryalaya
tgl.05 Mei 2001
“Banyak para alim ulama
dan para cendikiawan muslim memberikan pengetahuan agama kepada umat,
pengetahuan itu bagaikan lilin-lilin, apalah artinya lilin-lilin yang banyak
meskipun lilin-lilin itu sebesar pohon kelapa kalau lilin-lilin itu tidak
bercahaya. Dan cahaya itu salah satunya berada dalam qalbunya beliau ( Syekh
Ahmad Shohibul Wafa Tajul ‘Arifin).
Saya
tidak tahu apakah Nur Illahi yang dibawanya akan putus sampai pada beliau saja,
atau masih akan berlanjut pada orang lain. Tapi saya yakin dan berharap,
sesudah beliau nanti masih akan ada orang lain yang menjadi pembawa Nur Illahi
itu.Siapakah orangnya, saya tidak tahu.
Maka Anda sekalian para
hadirin, ambillah Nur Illahi itu dari beliau saat ini. Mumpung beliau masih
ada, mumpung beliau masih hadir di tengah kita, sulutkan Nur Illahi dari qalbu
beliau kepada qalbu anda masing-masing. Sekali lagi, dapatkanlah Nur Ilahi dari
orang-orang seperti Syekh Ahmad Shohibulwafa Tajul ‘Arifin.
Dari qalbu beliau
terpancar pesan-pesan kepada qalbu saya. Saya berbicara dan menyampaikan semua
pesan ini bukan dari isi qalbu saya sendiri. Saya mengambilnya dari qalbu
beliau. Di hadapan beliau saya terlalu malu untuk tidak mengambil apa yang ada
pada qalbu beliau. Saya malu untuk berbicara hanya dengan apa yang ada pada
qalbu saya sendiri.” -tamat ringkasan pidatonya
--Pidato Syaikh Nazim
diatas juga pernah dimuat di Majalah Sufi “Lilin-lilin tapi tidak bercahaya”
Bagi mereka yang mencintai
perjalanan kerohanian, dan berkesempatan berhadapan dengan Abah Anom di Suryalaya,
pasti akan terasa kehaibatannya dan getarannya yang mengharukan, kerana beliau
ibarat ''bapak'' kita. Ramai yang menangis bila berhadapan dengan Abah buat kali
pertamanya samada penziarah itu termasuk dari para pengikutnya mahupun selain
mereka. Ketika ingin pulang ke tanah air sahaja, akan terasa kesedihan yang
amat sangat, persis perasaan yang sama ketika meninggalkan 'Ka'batullah '.
Alfaqir sendiri mengalami perkara yang sama, walaupun berkali-kali berkujungan
ke Surayalaya, yang anehnya, ketika detik-detik ingin pulang, kita terasa
seolah-olah tidak dapat berjumpa dengan Abah lagi..ada yang memeluk Abah dengan
eratnya, ada yang menangis tidak terkawal dan sebagainya. Mengikut hemat
alfaqir, ini adalah kesan bagi maqam 'ka'batul wasilin' yang pernah diberikan
Allah SWT kepada Syaikh Abdul Qodir Al-Jailani q.s.
Kejadian sama berlaku
ketika Syaikh Nazim berkunjungan ke Abah, selepas mengucapkan selamat tinggal
kepada Abah yang berkerusi roda di dalam madrasah ketika itu, Sheikh Nazim
beserta rombangan meninggalkan madrasah keluar ke mobil-mobil masing-masing
untuk berangkat pulang, anehnya apabila semua sudah berada di dalam kenderaan
masing-masing, Syaikh Nazim masih belum menaiki mobilnya, beliau seolah-olah
tidak terdaya untuk naik kenderaannya , beliau patah balik masuk ke madrasah
mengucapkan selamat jalan buat kali keduanya kepada Abah. Ini berlaku sehingga
3 kali, masuk madrasah keluar balik, masuk madrasah keluar balik,....... Syaikh
Nazim 'tidak berdaya menaiki kendaraannya 'mungkin' oleh kerana perasaan cinta
dan kasih yang amat sangat mencegahnya untuk berpisah dengan Abah Anom.
Abah mengesan perasaan
yang menyelimuti Syaikh Nazim, Abah meminta para pembantunya agar beliau di bawa
keluar dari madrasah sehingga mengiringi para tetamu di lapangan perpisahan di
hadapan kenderaan mereka masing-masing. Ketika itu Syaikh Nazim berjumpa sekali
lagi dengan Abah Anom mengucapkan 'Selamat Jalan'nya yang terakhir. Pada waktu
itu satu , Abah mengeluarkan dari sakunya sebentuk cincin permata merah di
hadiahkan kepada Sheikh Nazim. Barulah Sheikh Nazim kelihatan kuat untuk
meninggalkan tempat itu.
Sebahagian dari karomah
Abah yang masyhur , apabila ingin memberi sesuatu kepada orang-orang yang di
sayangi, cukup dengan menyeluk sakunya , akan adalah cincin atau tasbih atau
apa sahaja yang di tentukan Allah SWT buat ketika itu.
Dari berbagai sumber.
Posting Komentar
Posting Komentar