Dalam sebuah kitab karangan
Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut
sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang
keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada
langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut
at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh
namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya
sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya
daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada
api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku
kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia
enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu.
Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak
sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi
kali kedua karena bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia
berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak
ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah
cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan
kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas
punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera,
kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya
terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu,
taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh
helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi
dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara
sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi
kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya,
mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para
malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan
banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.
Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril A.S dan
Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat
kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman
dari tipu dayamu."
Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman
dari tipu dayaku."
Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir
aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan
penguasaan-Mu."
Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni
atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."
Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang
maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu
dilahirkan untukmu dua padanya."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman
dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana
sejalan dengan peredaran darah."
Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman
lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan
pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan
pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan
berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya
dan mengarahkannya ke dalam haram."
"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat
perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama
dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan
memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke
arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang
jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra
ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara
mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang
berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak
dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka
melainkan (semata-mata) tipuan."
Sumber: marlongking.blogspot.com
Posting Komentar
Posting Komentar