(Status Yefi
Mieftah yg dijadikan dokumen)
Sayyidah
Nafisah
Posted on 9
November 2009 by Murid Paramartha Sayyidah
Nafisah ialah
salah satu keturunan Rasulullah s.a.w.. Beliau puteri Imam Hasan al-Anwar bin
Zaid al-Ablaj bin Imam Hasan bin Imam Ali r.a.. Beliau lahir di Makkah, pada 11
Rabiulawal 145H, hidup dan besar di Madinah.Hijrah Ke MesirDemi keamanan dan
ketenangan hidup Sayyidah Nafisah berhijrah ke Mesir bersama suaminya, Ishaq
al-Mu’tasim bin Ja’far as-Siddiq, pada tahun 193H, setelah sebelumnya ziarah ke
makam Nabi Ibrahim a.s.. Di Mesir beliau tinggal di rumah Ummi Hani’.Sayyidah
Nafisah menetap di Mesir selama 7 tahun. Penduduk Mesir sangat menyayanginya
dan percaya akan karamahnya. Mereka selalu berduyun-duyun mendatanginya,
berdesakan mendengarkan mauizahnya dan memohon doanya. Hal ini membuat suaminya
berfikir untuk mengajaknya pindah ke tanah Hijaz, namun beliau menolak dan
menjawab: “Aku tidak bisa pergi ke Hijaz kerana aku bermimpi bertemu Rasulullah
s.a.w.. Beliau berkata kepadaku: “Janganlah kamu pergi dari Mesir kerana nanti
Allah akan mewafatkanmu di sana (di Mesir).”
Peribadinya
Sayyidah Nafisah adalah seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah. Siang
hari dia berpuasa sunat sedangkan pada malamnya dia bertahajjud menghidupkan
malam dengan berzikir dan membaca Al Quran. Dia sungguh zuhud dengan
kehidupannya. Hatinya langsung tidak terpaut dengan kehidupan dunia yang menipu
daya. Jiwanya rindu dengan syurga Allah dan sangat takut dengan syurga Allah.
Disamping itu Sayyidah Nafisah sangat taatkan suaminya. Beliau sangat mematuhi
perintah suami dan melayan suaminya dengan sebaik-baiknya.Sayyidah Nafisah
adalah seorang yang terkenal zuhud dan mengasihi manusia yang lain. Pernah satu
ketika, beliau menerima wang sebanyak 1000 dirham dari raja untuk keperluan
dirinya. Beliau telah membahagikan wang tersebut kepada fakir miskin sebelum
sempat memasuki rumahnya. Wang hadiah dari raja itu sedikit pun tidak
diambilnya untuk kepentingan dirinya. Semuanya disedekahkan kepada fakir dan
miskin. Demikianlah dermawannya Sayyidah Nafisah terhadap fakir
miskin.KeutamaannyaSayyidah yang mulia ini sudah mendapatkan keutamaan sejak
kecil lagi. Suatu ketika, demikian al-Hafiz Abu Muhammad dalam kitabnya
Tuhfatul Asyraf bercerita: Al-Hasan, ayahanda Sayyidah Nafisah membawa Nafisah
semasa kecil ke makam Rasulullah s.a.w.. Di sini sang ayah berkata : “Tuanku,
Bagindaku Rasulullah, ini puteriku. Aku redha dengannya. Kemudian keduanya
pulang. Di malam hari sang ayah bertemu Rasulullah bersabda: “Wahai Hasan Aku
redha dengan puterimu Nafisah kerana keredhaanmu itu. Dan Allah SWT juga redha
kerana redhaku itu.Salah satu keutamaan Sayyidah Nafisah adalah selama hidupnya
beliau telah mengkhatamkan al-Quran sebanyak 4000 kali. Selain itu, meskipun
tinggal jauh dari tanah suci, beliau melakukan ibadah haji sebanyak 17
kali.Sayyidah Nafisah dan Imam SyafieSejarah sepakat mengatakan bahawa Sayyidah
Nafisah semasa dengan Imam Syafie. Keduanya saling menghormati. Di ceritakan
bahawa Imam Syafie meriwayatkan hadis dari Sayyidah Nafisah. Setiap berkunjung
ke kediaman Sayyidah Nafisah Imam Syafie dan pengikutnya sangat menjunjung
tinggi adab sopan santun terhadap beliau.Imam Syafie setiap tertimpa penyakit
selalu mengirim utusan ke Sayyidah Nafisah agar berkenan mendoakannya dengan
kesembuhannya. Dan benar, setelah itu Imam Syafie mendapatkan kesembuhan.
Ketika Imam Syafie tertimpa penyakit yang menyebabkan beliau wafat, Sayyidah
Nafisah berkata pada utusan Imam Syafie: “Semoga Allah memberikan kenikmatan
pada Syafie dengan melihat wajahNya yang mulia.”KaramahnyaSebelum menceritakan
karamah-karamah Sayyidah yang mulia ini, perlu diketahui bahwa suami Sayyidah
Nafisah (Ishaq bin al Mu’taman bin Ja’far ash Shadiq) pernah berkeinginan untuk
memindah makam beliau ke pemakaman Baqi’ (Madinah). Kemudian penduduk Mesir
meminta suami Sayyidah Nafisah untuk mengurungkan keinginannya, kerana penduduk
Mesir ingin mendapatkan berkah darinya. Akhirnya, pada suatu malam suami
Sayyidah Nafisah bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w.. Rasulullah bersabda,
“Wahai Abu Ishaq, janganlah kamu menentang keinginan penduduk Mesir, karena
Allah akan memberikan berkahNya kepada penduduk Mesir melalui Sayyidah
Nafisah”.Di antara karamahnya ialah ketika pembantu Sayyidah Nafisah yang
bernama Jauharah keluar rumah untuk membawakan air wudhu untuk beliau, pada
waktu itu hujan deras sekali. Akan tetapi, tapak kaki Jauharah tidak basah
dengan air hujan.Di antara karamahnya juga ialah, ada sebuah keluarga Yahudi
yang tinggal di dekat kediaman Sayyidah Nafisah di Mesir. Keluarga itu
mempunyai seorang anak perempuan yang lumpuh. Suatu ketika ibu anak itu
berkata: “Nak, kamu mahu apa ? Kamu mahu ke kamar mandi ?. Si anak tiba-tiba
berkata: “Aku ingin ke tempat perempuan mulia tetangga kita itu.” Setelah si
ibu minta izin pada Sayyidah Nafisah dan beliau memperkenankannya, keduanya
datang ke kediaman Sayyidah Nafisah. Si anak didudukkan di pinggir rumah.
Ketika datang waktu solat Zuhur, Sayyidah Nafisah beranjak untuk berwudhuk di
dekat gadis kecil itu. Air wudhuk beliau mengalir ke tubuh anak tersebut.
Seperti mendapatkan ilham anak itu mengusap anggota tubuhnya dengan air berkah
tersebut. Dan seketika itu juga ia sembuh dan bisa berjalan seperti tidak
pernah sakit sama sekali.Kemudian si anak pulang dan mengetuk pintu. Pintu
dibuka oleh ibunya. Dengan hairan dia bertanya: “Kamu siapa Nak?” “Aku
puterimu.” Sambil memeluk si ibu bertanya bagaimana ini bisa terjadi. Si anak
kemudian bercerita dan akhirnya keluarga itu semuanya masuk Islam.Selain itu,
pernah suatu ketika sungai Nil berhenti mengalir dan mengering. Orang-orang
mendatangi Sayyidah Nafisah dan memohon doanya. Beliau memberikan selendangnya
agar dilempar ke sungai Nil. Mereka melakukannya. Dan seketika itu juga sungai
Nil mengalir kembali dan melimpah.Karamah-karamah beliau setelah wafat juga
banyak. Di antaranya, pada tahun 638H, beberapa pencuri menyelinap ke masjidnya
dan mencuri enam belas lampu dari perak. Salah seorang pencuri itu dapat
diketahui, lalu dihukum dengan diikat pada pohon. Hukuman itu dilaksanakan di
depan masjid agar menjadi pelajaran bagi yang lain. Pada tahun 1940, seseorang
yang tinggal di daerah itu bersembunyi di masjid itu pada malam hari. Ia
mencuri syal dari Kasymir yang ada di makam itu. Namun, ia tidak menemukan
jalan keluar dari masjid itu dan tetap terkurung di sana sampai pelayan mesjid
datang di waktu subuh dan menangkapnya.WafatnyaAl-Sakhawi bercerita, “Ketika
Sayyidah Nafisah merasakan ajalnya sudah dekat, beliau menulis surat wasiat
untuk suaminya, dan menggali kubur beliau sendiri di rumahnya. Kubur yang
digalinya itu ialah untuk beliau sentiasa mengingatkan akan kematian. Kemudian
beliau turun ke liang kubur itu, memperbanyak solat dan mengkhatamkan al-Quran
sebanyak 109 kali. Kalau tidak mampu berdiri, beliau solat dengan duduk,
memperbanyak tasbih dan menangis. Ketika sudah sampai ajalnya dan beliau sampai
pada ayat: “Bagi mereka (disediakan) tempat kedamaian (syurga) di sisi Tuhannya
dan Dialah Pelindung mereka disebabkan amal-amal soleh yang selalu mereka
kerjakan.” (Surah Al-An’am: 127), beliau pengsan kemudian dan menghembuskan
nafas terakhir menghadap Sang Maha Kasih Abadi pada hari Jumaat, bulan Ramadhan
208H.Sewaktu disembahyangkan sangat ramai orang yang menghadirinya. Sehingga
kini maqamnya diziarahi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia. Demikian
kehebatan yang Allah anugerahkan kepada Sayyidah Nafisah yang terkenal dengan
kewarakan kepada Allah dan ketaatannya kepada suami. Semoga ianya menjadi
contoh buat generasi wanita akhir zaman ini.Sumber: tamanulama.blogspot.com.
Sifat Lemah
Lembut dan Tidak Tergesa-Gesa
Allah Ta’ala
berfirman:فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللّهِ لِنتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لاَنفَضُّواْ مِنْ حَوْلِكَ“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku
lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar,
tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu.” (QS. Ali Imran:
159)Dari Aisyah (radiyAllaahu 'anha) istri Nabi sallAllaahu ‘alaihi wa sallam
dari Nabi shallAllaahu ‘alaihi wasalam beliau bersabda:إِنَّ اللَّهَ رَفِيقٌ يُحِبُّ الرِّفْقَ فِي الأَمْرِ كُلِّهِ“Sesungguhnya
Allah Maha Lembut yang mencintai kelembutan dalam seluruh perkara.” (HR. Al
Bukhari no. 6024 dan Muslim no. 2165)
Dari Abdullah bin Abbas radiyAllaahu anhu
dia berkata: Rasulullah sallAllaahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Asyyaj
Abdil Qais:إِنَّ فِيكَ خَصْلَتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ الْحِلْمُ وَالْأَنَاةُ“Sesungguhnya di dalam dirimu ada dua sifat yang
dicintai oleh Allah, yaitu sabar dan berhati-hati.” (HR. Muslim no. 5225)Dari
Aisyah (radiyAllaahu 'anha) istri Nabi sallAllaahu ‘alaihi wasallam dari Nabi
sallAllaahu ‘alaihi wasallam beliau telah bersabda:إِنَّ الرِّفْقَ لَا يَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ وَلَا يُنْزَعُ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ“Sesungguhnya
sifat lemah lembut itu tidak berada pada sesuatu melainkan dia akan
menghiasinya (dengan kebaikan). Sebaliknya, tidaklah sifat itu dicabut dari
sesuatu, melainkan dia akan membuatnya menjadi buruk.” (HR. Muslim no.
2594)
Dari Jarir bin Abdillah Al-Bajali dari Nabi sallAllaahu ‘alaihi wasallam
bersabda:مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ“Barangsiapa yang dijauhkan dari sifat lemah lembut
(kasih sayang), berarti dia dijauhkan dari kebaikan.” (HR. Muslim no. 2592)
Dari
Abdullah bin Mas’ud radiyAllaahu anhu dia berkata: Rasulullah sallAllaahu
‘alaihi wasallam bersabda:أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَنْ يَحْرُمُ عَلَى النَّارِ أَوْ بِمَنْ تَحْرُمُ عَلَيْهِ النَّارُ عَلَى كُلِّ قَرِيبٍ هَيِّنٍ سَهْلٍ“Maukah kalian aku beritahu orang yang diharamakan
atas neraka atau orang yang neraka diharamkan atasnya? Semua kerabat yang lemah
lembut lagi memberikan kemudahan.” (HR. At-Tirmizi no. 2488 dan dinyatakan
shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ no. 2609)Dari Aidz bin Amr
radiyAllaahu 'anhu dari Rasulullah sallAllaahu ‘alaihi wasallam beliau
bersabda:إِنَّ شَرَّ الرِّعَاءِ الْحُطَمَةُ فَإِيَّاكَ أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ“Sesungguhnya sejelek-jelek pengembala ternak adalah
orang yang kasar kepada hewan gembalaannya.” (HR. Muslim no. 1830)
Penjelasan
ringkas:
Sifat lemah lembut dan tidak tergesa-gesa merupakan sifat yang sangat
dicintai oleh Allah Ta’ala dan sangat dianjurkan oleh Rasulullah sallAllaahu ‘alaihi
wasallam. Dia merupakan sebab yang bisa mendatangkan kebaikan karena dia
merupakan sebab tersebarnya kasih sayang, persatuan, dan kesatuan di
tengah-tengah kaum muslimin.Bahkan Allah Ta’ala mengabarkan bahwa sebab
terbesar tersebarnya Islam di kalangan sahabat dan mendekatkanya kaum muslimin
kepada Nabi sallAllaahu alaihi wasallam adalah dikarenakan Allah Ta’ala
menganugerahkan kepada beliau sifat lemah lembut.
Dan sungguh betapa banyak
orang non muslim yang masuk Islam bukan karena didakwahi secara langsung, akan
tetapi karena dia melihat sifat kelemahlembutan yang ada pada kaum
muslimin.Sebaliknya, sifat kasar lagi keras merupakan akhlak tercela yang
dibenci oleh Allah Ta’ala dan Rasul-Nya. Karenanya Islam memperingatkan umatnya
agar menjauhi sifat tersebut, karena sifat tersebut tidaklah keluar kecuali
dari diri seorang yang sombong lagi takabbur.Karenanya sifat kasar ini
diharamkan secara mutlak, baik kepada binatang apalagi kepada sesama manusia
secara umum (termasuk non-muslim) apalagi kepada sesama muslim.
Dan tidaklah
sifat kasar ini ada pada sesuatu kecuali akan mencoreng sesuatu tersebut,
sebagaimana sifat lemah lembut akan menghiasi tempatnya berada.Adapun sifat
tergesa-gesa, maka dia merupakan sifat dari setan dan dibenci oleh Ar-Rahman.
Dengan sifat kehati-hatian, seseorang insya Allah bisa mendapatkan apa yang dia
cari dan sangat banyak orang yang luput dari kebaikan yang dia inginkan akibat
sifat ketergesa-gesaan. Sahl bin Sa’ad As-Sa’idi radiyAllaahu 'anhu berkata:
Rasulullah SallAllaahu ‘alaihi wasallam bersabda:الْأَنَاةُ مِنْ اللَّهِ وَالْعَجَلَةُ مِنْ الشَّيْطَانِ“Sifat
hati-hati (waspada) itu dari Allah dan tergesa-gesa itu godaan dari setan.”
(HR. At-Tirmizi no. 1935)Dan seorang penyair telah berkata:قَدْ يُدْرِكُ الْمُتَأَنِّي بَعْضَ حَاجَتِهِ وَقَدْ يَكُوْنُ مَعَ الْمُسْتَعْجِلِ الزَّلَلُ“Betapa
seringnya orang yang berhati-hati mendapatkan apa yang dia butuhkan, dan betapa
seringnya orang yang tergesa-gesa itu tergelincir.”
Selamat hari
Kartini :-)
Posting Komentar
Posting Komentar