-Gambar : Sheikh Saiyid Hashimuddin Al- Geylani
membaca doa ketika menziarahi Maqam Abah Anom ra.-
Salah
satu karomah Abah yang tidak terduga ialah Pondok Pesantren Suryalaya telah
menjadi semacam 'Mekah' bagi seluruh penganut Thoriqah Qodiriyah sedunia.
Seolah-olah tidak sempurna amalan seseorang pengamal thoriqah Qodiriyah ketika
ini jika dia mampu untuk menziarahi Pondok Pesantren Suryalaya tetapi tidak
menziarahinya.
Sheikh
Hasyimuddin Al-Geylani ( adik Sheikh Afeefuddin Al-Geylani ) ketika menziarahi
Pondok Pesantren Suryalaya pada 12 Okt 2012. Beliau mengunjungi Suryalaya bukan
atas undangan dan tidak diketahui maksudnya kesana, tetapi yang jelas beliau
yang bertugas sebagai penjaga Maqam Sultanul Auliya di Baghdad, Iraq , juga
sebagai mursyid Thoriqah Qodiriyah berkata kepada pengemban Amanah Pondok
Pesantren Suryalaya- Kiyai Zainal Abidin : Tempat ini sudah menjadi 'Mekah'
bagi seluruh pengamal Qodiriyah seluruh dunia'. Wal Allahu a'lam — Sheikh
Hasyimuddin datang ke Suryalaya bersama Hj Dahlan Iskan yang menjawat sebagai
Menteri BUMN. (Untuk foto-foto kunjungan beliau berdua ke Suryalaya anda dapat melihatnya disini : http://www.dokumenpemudatqn.com/2012/10/foto-silaturahmi-sayyid-hisyamuddin.html )
Rupa-rupanya
hakikat perjalanan hidup Abah Anom benar-benar seperti Rasulullah s.a.w bukan
sahaja dari sudut akhlak sahaja tetapi perjalanan hidup , pergolakkan
cabarannya (tantangannya), zaman yang di hadapi, perjuangan dan hasil perjuangan semuanya
hampir sama. Bermula dengan namanya Ahmad di mana bapanya Abdullah, zaman era '
Mekah yang banyak hadapi tantangan kaum Quraish Jahiliyah' sama dengan era
Godebag yang banyak hadapi gerombolan komunis cara gerila, zaman itu Baginda
s.a.w dapat kesejukan bersama isteri tercinta iaitu Siti Khadijah r.a dan Abah
juga teraman bersama isterinya Ibu Uwis almarhumah.
Kemudian
perjuangan makin tertingkat dengan era baru era Madinah bersama Siti Aisyah
yang bistari, begitu juga apabila era Godebag berlalu dengan kewafatan Ibu Uwis
nama Suryalaya menjulang, Abah mula bernikah dengan Ummi dan banyak bersama
Ummi yang sangat cekap. Apabila Baginda wafat di Madinah, Baginda meninggalkan
untuk kita ajaran, sahabat terdekat, para ulama sebagai
pakar rujuk dalam agama serta Siti Aisyah di mana Baginda pernah
bersabda : 'Ambilllah ajaran agamamu dari Aisyah ini ', begitu pula apabila
Abah wafat di Suryalaya beliau meninggalkan untuk kita amalan , para
wakil talqin, 1000 lebih para kiyai dan para mubaligh TQN dan juga Ummi sebagai
rujukan terkuat dalam apa sahaja urusan TQN...masya Allah...ini belum lagi
menyenaraikan peristiwa peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi,..yang juga
berlaku dengan kejadian yang hampir sama pada zaman Abah...satu kebetulan yang
teratur ? atau penunjukkan dari yang Maha Mengatur ?
-Gambar: Syeik Hisyamuddin Al-Jaelani memberikan Kain Kiswah penutup Makam Syeikh Abdul Qodir Al-Jaelani qs. kepada PP.Suryalaya yang diwakili oleh Pangersa Ummi untuk menerimanya dan segenap keluarga Pangersa Abah Anom ra.- |
Sumber tulisan dalam bahasa Melayu: ghousekhan.blogspot.com
Posting Komentar
Posting Komentar